Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

by Phic ARMAN
February 21, 2026
557
KONGSIAN
Share on Facebook

Berbuka puasa kini bukan hanya di rumah atau restoran. Ramai memilih untuk berbuka secara santai di kawasan terbuka sambil berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan. Konsep iftar ala picnic ini bukan sahaja lebih fleksibel, malah memberi ruang untuk menikmati suasana petang, membeli juadah di bazar Ramadan dan berbuka dalam keadaan selesa. Berikut ialah beberapa lokasi popular di Malaysia yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk picnic iftar sepanjang Ramadan.

1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

@travelrookie.my

Largest buka puasa picnic spot in KL 😍 📍 Dataran Merdeka #ramadan #raya #kl #picnic #dataranmerdeka #travelrookie #fyp

♬ Hari Raya – IamNeeta & Najwa Latif & Mimie Haris & Deanna Hussin

Menurut hantaran video Tiktok dari akaun @travelrookie.my, Dataran Merdeka menjadi antara lokasi pilihan utama di ibu kota untuk berbuka puasa secara “picnic”. Kawasan lapang ini sesuai untuk menghampar tikar dan berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan.

Di sekitar kawasan ini juga terdapat pelbagai gerai makanan dan kedai tepi jalan yang menjual juadah berbuka, memudahkan pengunjung yang tidak sempat memasak. Bagi yang ingin lebih jimat, membawa makanan dari rumah juga menjadi pilihan ramai. Ruang yang luas dan mudah diakses menjadikan Dataran Merdeka sesuai untuk iftar dalam suasana santai.

2. Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh

View this post on Instagram

Menurut hantaran video Tiktok dari akaun @bulatansultanazlanshah, Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh menawarkan konsep berbuka puasa yang ringkas dan praktikal. Pengunjung boleh membeli juadah di bazar Ramadan berhampiran sebelum berkelah di kawasan padang sekitar bulatan.

Lokasi ini sesuai untuk semua golongan termasuk pasangan, keluarga dan kumpulan rakan. Selain kawasan lapang untuk berkelah, terdapat juga kemudahan asas seperti surau dan ruang untuk beriadah. Bazar Ramadan di sini beroperasi sehingga jam 11 malam, sesuai untuk pengunjung yang ingin meluangkan masa lebih lama selepas berbuka.

3. Sungai Lotus, Kota Bharu, Kelantan

@kulinerkelantan

finally dapat jgk merasa iftar tepi sungai tesco ni. view sunset lawa dooh & meriahh gila. masih lagi berbaki 4hari sebelum raya, sempat lagi nii repeat 🤤. #fypシ #iftar #Ramadhan2022 #MakanLokal #kotabharu

♬ original sound – Kuliner Kelantan – Kuliner Kelantan

Dahulunya dikenali sebagai Tesco sebelum penjenamaan semula kepada Lotus’s, kawasan tepi Sungai Lotus di Kota Bharu sering menjadi tumpuan orang ramai sepanjang bulan Ramadan. Menurut hantaran video Tiktok di akaun @kulinerkelantan, suasana Lotus’s sangat meriah dan pengunjung juga boleh tengok view sunset. Sepanjang laluan menuju ke Lotus’s, terdapat pelbagai gerai dan bazar Ramadan yang menawarkan aneka makanan serta minuman pada harga berpatutan.

Kebanyakan pengunjung akan membeli juadah berbuka di bazar sebelum berbuka puasa di kawasan tepi sungai. Tidak kurang juga yang membawa makanan dari rumah untuk berbuka secara beramai-ramai. Namun begitu, kawasan ini lazimnya sesak dengan pengunjung dan ruang parkir adalah terhad, justeru orang ramai disarankan hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

4. Taman Saujana Hijau, Putrajaya

Taman Saujana Hijau di Presint 11 Putrajaya merupakan lokasi rekreasi yang sesuai untuk berbuka puasa secara berkelah. Taman ini mempunyai kawasan lapang yang luas serta landskap yang teratur, menjadikannya antara lokasi pilihan keluarga.

Kemudahan seperti gazebo, bangku rehat, tandas dan laluan joging memudahkan pengunjung untuk beraktiviti sementara menunggu waktu berbuka. Terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak, sesuai untuk keluarga yang membawa anak kecil. Pengunjung dinasihatkan untuk menjaga kebersihan sepanjang berada di taman ini.

5. Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1

@amirulsyafiqaziz

Tradisi orang Kuantan berbuka di padang..mana2 orang luar Pahang nak rase suasana macam ni marilah datang ke Kuantan #CapCut #ramadan #ramadan2024 #iftar #berbukapuasa #padangmbkkuantan #masjidbesarkuantan #berbukadipadangkuantan #salamramadhan #kuantan #pahangdarulmakmur #fyp

♬ I Love Ramadan – Ramol

Menurut hantaran video Tiktok dari akaun @amirulsyafiqaziz, menunjukkan Padang MPK 1 di Kuantan menjadi lokasi berbuka puasa yang popular kerana kemudahannya yang lengkap. Pengunjung boleh membawa makanan sendiri atau membeli juadah di bazar Ramadan yang terletak bersebelahan padang.

Tikar boleh dibawa dari rumah atau disewa di kawasan padang, manakala aktiviti seperti permainan kanak-kanak dan bouncing castle turut disediakan sementara menunggu waktu berbuka. Kawasan yang luas dan tersusun menjadikan padang ini sesuai untuk berbuka secara santai bersama keluarga.

Iftar ala picnic memberi alternatif berbuka puasa yang lebih fleksibel dan selesa. Dengan kemudahan asas, pilihan makanan yang pelbagai serta suasana terbuka, lokasi-lokasi ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati Ramadan dengan cara yang lebih ringkas dan praktikal.

Natural Batik Village Kuantan: Masuk Percuma, Pengunjung Boleh Canting Batik Sendiri
Iftarkuantan
https://lomp.at/ubf9y
Share223Tweet139SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
LifeXplore

Ramadan 2026: 5 Bazar Lembah Klang Yang Selalu Full House Menjelang Maghrib

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Setiap kali tiba bulan Ramadan, bazar Ramadan menjadi antara lokasi paling dinanti orang ramai, sampai full house Selain menawarkan pelbagai...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung ‘Tawan’ Milan, Bahang Olimpik Musim Sejuk Makin Terasa

by Phic ARMAN
February 10, 2026

Menjelang Olimpik & Paralimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026, Samsung sudah mula ‘memanaskan enjin’ dengan cara yang cukup mencuri perhatian....

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia ‘Drop’ Harga Marhaen Ke London & Destinasi Lain, Tunggu 1 Mac!

by Phic ARMAN
February 23, 2026

Siapa yang tak pernah pasang impian nak jejak kaki ke London? Bergambar depan Big Ben, jalan-jalan di Oxford Street, rasa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara