Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

IKEA x Marimekko: Serlahkan Keunikan Gaya Hidup Kamu Dengan Koleksi Yang Menenangkan Jiwa Ini

by Lisa Ghani
February 28, 2023
Foto - IKEA x Marimekko

Foto - IKEA x Marimekko

Share on Facebook

Rasa macam nak ubah deko rumah? Dah bosan dengan deko yang sedia ada? Kalau boleh mahukan deko rumah yang mengetengahkan konsep natural alam semula jadi yang menenangkan.

Perkenalkan IKEA x Marimekko! IKEA dan syarikat reka bentuk Finland, Marimekko berganding bahu meraikan ritual penjagaan diri dengan koleksi edisi terhad, BASTUA. BASTUA terdiri daripada pelbagai produk, baik perabot mahupun objek kaca serta tekstil dalam cetakan dan corak yang berinspirasikan Nordic.

Foto – IKEA x Marimekko

‘BASTUA’ merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan sauna di Småland, iaitu wilayah di selatan Sweden yang menjadi tempat IKEA diasaskan.

Ini yang Miss Murai suka pada koleksi BASTUA

Corak yang berani dan cantik yang ditonjolkan dalam koleksi BASTUA mencerminkan alam semula jadi dan landskap Finland.

Salah satu cetakan yang mencuri perhatian termasuk daun rhubarb hiasan gergasi yang biasanya tumbuh di sebelah pondok sauna di Finland. Motif ini digunakan dalam kebanyakan item koleksi IKEA termasuklah beg FRAKTA yang ikonik.

Foto – IKEA x Marimekko

Koleksi ini terdiri daripada pelbagai barangan termasuklah, jubah, tuala dan baldi sauna yang digunakan di sauna, kusyen lantai untuk memberi keselesaan, lilin untuk menyegarkan ruang dengan haruman bunga elder, meja sisi klasik sebagai pelengkap ruang dan beberapa lagi.

Foto – IKEA x Marimekko
Foto – IKEA x Marimekko

Koleksi BASTUA boleh didapati di IKEA Damansara, IKEA Cheras dan IKEA Batu Kawan dari 2 Mac, dan secara dalam talian di IKEA.my mulai 6 Mac.

deko rumah ikeaIkeamarimekko
https://lomp.at/4zecg
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore