Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

iKon & Winner Bakal Gegarkan Stadium Malawati Oktober Ini

by Phic ARMAN
August 17, 2018
Share on Facebook

Peminat K-pop Malaysia sangat bertuah kerana dua kumpulan ternama yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment iaitu iKON dan WINNER bakal berkunjung ke negara ini.

Kunjungan mereka yang dibawa khas oleh MacpiePro ini merupakan sebahagian daripada siri jelajahan dua kumpulan ternama itu. Konsert anjuran MacpiePro, iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR dan WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad), bermula pada pukul 6 petang.

Penampilan Pertama Winner

WINNER akan membuat penampilan pertama mereka di Malaysia, manakala ini adalah kemunculan kali kedua untuk kumpulan iKON. Konsert dua hari berturut-turut pada hujung minggu itu, membuktikan bahawa MacpiePro memenuhi janji untuk menyemarakkan lagi persembahan secara langsung di masa akan datang kepada peminat-peminat K-Pop tempatan.

iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf “C” dalam “ICON” digantikan dengan “K” bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea. Sementara itu, kumpulan WINNER yang dianggotai oleh empat pemuda, Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.

Tiket Bermula Dengan Harga RM273

Tiket untuk setiap konsert berharga RM693 (Zon IKONIC / INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah), RM573 (Zon Kuning), RM483 (Zon Ungu), RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru).

Harga Eksklusif Untuk Golongan Remaja

View this post on Instagram

A post shared by iKON(아이콘) GET READY, SHOWTIME! (@withikonic)

Menepati kehendak ramai iaitu “MUZIK TANPA TEKANAN”, pihak MacpiePro menawarkan harga tiket yang berpatutan secara eksklusif kepada penonton remaja untuk hadir pada kedua-dua konsert tersebut kerana harga istimewa itu pernah ditawarkan dalam pesta muzik anjurannya sebelum ini.

Peminat yang berumur 18 tahun ke bawah berhak menikmati harga istimewa RM98 untuk tiket berharga RM273 untuk kedua-dua konsert ini. Tiket boleh didapati melalui www.ticketcharge.com.my mulai 12 tengah hari, mulai 23 Ogos 2018 untuk konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR.

Tawaran PAS SOUNDCHECK & PAS SENDOFF

YouTube video

Untuk jualan tiket WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR, akan bermula pada pukul 2 petang pada hari yang sama. Untuk 400 peminat pertama yang membeli tiket Zon IKONIC/INNER CIRCLE, atau 150 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Merah, berhak untuk mendapat PAS SOUNDCHECK, manakala 280 orang peminat pertama yang membeli tiket Zon Kuning akan mendapat PAS SENDOFF untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan kegemaran masing-masing.

Selain itu, setiap pembeli akan mendapat poster rasmi juga. Semua itu bergantung kepada terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pastikan anda mengikuti @MacpiePro di Facebook dan laman web rasmi www.macpiepro.com untuk perkembangan terkini.

B.I Bakal Gegarkan Mega Star Arena September Ini, Semak Benefit Eksklusif Yang Menanti
B.IBobbyDKikoniKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPURJayJu-nekoreakpopSongwinnerWINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPURYG Entertainment
https://lomp.at/jb6o8
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara