Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Pertama Kali Masak Rendang Untuk Mertua Ikut Resepi Khairul Aming, Lain Pula Jadinya!

by Jash Lee
April 28, 2023
Share on Facebook

Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti satu Malaysia mengenali beliau dengan dunia masakan. Nama penuhnya ialah Khairul Amin Kamarulzaman, merupakan seorang instafamous atau selebriti masakan media sosial yang terkenal di Malaysia.

Memulakan kerjayanya di dalam media sosial, dari tahun 2016 dengan membuat resepi yang mudah dan senang untuk anak-anak muda atau sesiapa sahaja yang mahu mula belajar masak tanpa memasuki kelas. Resepi yang diajar olehnya selalu menjadi dan sedap, oleh kerana itu namanya terus melonjak naik sehingga ke hari ini.

Khairul Aming juga, terkenal dengan sambal yang dijualnya, di mana ia akan habis dijual berpuluh ribu botol hanya kurang dari lima minit serta kini sambalnya itu mempunyai dua kilang.

Tak Pernah Masak Rendang 36 Tahun, Ikut resepi Jadi Lain Pula

Baru-baru ini viral di tiktok, di mana seorang lelaki yang tidak pernah memasak rendang selama hidupnya dan buat pertama kali memasak rendang dengan mengikut resepi dari Khairul Aming namun lain pula yang jadi. Dia memuat naik video tersebut di tiktok berserta kapsyen “Bukan Nak Aibkan, Minta Maaf”, pada video berkenaan, meraih 3 juta views, 280 ribu tanda suka dan 7 ribu komen.

Menurutnya, dia ingin memasak rendang tersebut buat mertuanya yang baru sahaja tiba dari Makkah. Jadi dia ikut resepi yang sama diajarkan oleh Khairul Aming, namun dia tidak sempat rasa rendang tersebut lalu terus ke rumah mertuanya.

Topik Berkaitan 8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

Di makan rendang tersebut oleh mertuanya lalu lelaki tersebut dipuji kerana rendang tersebut teramat sedap sehingga mereka menambah buat kali kedua.

Lelaki tersebut tidak percaya, lalu terus mencubanya untuk mendapatkan kepastian, memang ternyata rendang tersebut sedap. dia juga bersyukur kerana, itu adalah kenangan yang terindah buatnya yang tidak pernah memasak rendang selama 36 tahun dalam hidupnya.

Dia juga berterima kasih kepada Khairul Aming kerana berkongsikan ilmu masakan kepada orang ramai.

@zackkinrara

#learnontiktok #tiktokguru #khairulaming #rendangayam #raya2023 Biarlah semuanya dah berlaku..Aku redha dengan masakan rendang ayam aku

♬ original sound – ZACK KINRARA ( GERD ) – ZACK KINRARA

Murai MY ingin tahu, pernahkah anda mencuba resepi dari Khairul Aming? cuba kongsikan pengalaman anda pada ruangan komen di media sosial kami.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Khairul Aming
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara