Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Individu Ini Syak Remaja 14 Tahun Yang Rogol Ustaz? Firdaus Wong Bidas!

Firdaus terkedu melihat kenyataan lelaki berstatus pengerusi tahfiz berkenaan isu penceramah bebas rogol remaja bawah umur

by Puteri Alia
July 21, 2022
via Instagram Firdaus Wong/Fathi Naim

via Instagram Firdaus Wong/Fathi Naim

Share on Facebook

Masih panas tentang isu seorang penceramah bebas berusia lingkuan 30-an didakwa atas tuduhan merogol remaja bawah umur berusia 14 tahun berkali-kali menjadi bualan hangat warganet di media sosial.

Isu berkenaan mendapat pelbagai pandangan di media sosial, dimana ada yang mengecam penceramah bebas bergelar ustaz tersebut dan ada pula yang memberi tanggapan yang sebaliknya.

Syak Remaja Rogol Ustaz?

Murai MY menjengah ke Instagram Firdaus Wong di mana pendakwah terkenal ini, memuatnaik tangkap layar muatnaik milik seorang lelaki dikenali sebagai Ezzat di media sosialnya.

Apa yang menarik perhatian ramai warganet dan juga lensa Murai adalah coretan yang ditulis lelaki tersebut, di mana kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah menuduh remaja berusia 14 tahun itu yang bersalah dan merogol ustaz tersebut.

“Ustaz F&N penceramah bebas di tahan kerana merogol berkali kali seorang gadis berumur 14 tahun..

Berkali-kali hebat juga, ustaz yang hebat atau gadis 14 tahun tu yang hebat berkali kali pergi nya???

Ada kemungkinan juga ustaz ini yang di rogol oleh gadis tersebut” Tulis Ezzat

via Instagram Firdaus Wong

Cara Berfikir Bermasalah

Selain berkongsi tangkap layar kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut, Firdaus juga memuatnaik maklumat profil Ezzat dimana lelaki tersebut dilihat berstatus sebagai pengerusi tahfiz.

Menurut Firdaus, dia tidak menyangka individu yang berstatus pengerusi tahfiz bertanggapan sedemikian terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini.

“Saudaraku, jikalau benar saudara adalah Pengerusi Tahfiz, maka status saudara ini teramat mendukacitakan.

Saudara Ezzat juga merupakan seorang suami dan In Sha Allah mungkin juga seorang ayah. Tergamak Ezzat berkata begini? Apa sahaja hubungan seksual dengan individu bawah umur adalah rogol walaupun suka sama suka!

Isunya bukan sama ada suka sama suka tetapi bagaimana boleh seseorang yang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun?” Tulisnya

Malah Firdaus juga mengatakan pandangan lelaki tersebut dilihat sangat bermasalah, apatah lagi isu hubungan seksual bawah umur seperti ini harus dipandang serius dan tidak boleh dipandang remeh.

“Cara berfikir Ezzat sangat sangat bermasalah apatah lagi kita sebagai Muslim ada hukum, adab dan akhlaknya. Ini kita belum masuk sexual grooming dan predator seksual lagi.” Coret Firdaus

Seperti yang dikatakan Firdaus Wong, tidak kira suka sama suka atau tidak, melakukan hubungan seksual bersama remaja bawah umur adalah rogol dan salah dari segi agama mahupun undang-undang.

Sekadar info, penceramah bebas tersebut kini dalam tahanan dan kes masih dalam siasatan. Apa pandangan anda tentang isu ini?

Firdaus Wong
https://lomp.at/6ntvb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara