Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Individu Mahu Taja Umrah Percuma, Kamal Adli Terharu Tapi Terpaksa Tolak Kerana…

by Nurul A.
December 26, 2025
Foto - @kamaladli (IG)

Foto - @kamaladli (IG)

35
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Kamal Adli baru-baru ini mencuri perhatian ramai orang apabila seorang pengguna platform Threads, @kapten.travel, secara terbukanya menawarkan tajaan penuh ibadah umrah kepadanya.

Tawaran tersebut dilihat sebagai rezeki yang tidak disangka telah membuatkan Kamal terharu tetapi dia terpaksa menolaknya atas alasan kekangan masa dan komitmen kerjayanya yang padat.

“Korang kalau saya nak ajak @kamaladli pergi umrah ok tak? Fully sponsored, InshaAllah”, tulis @kapten.travel.

View this post on Instagram

Hantaran @kapten.travel itu mendapat lebih 2,200 tanda suka, 180 komen, 24 repost dan 11 perkongsian, menunjukkan betapa ramai yang teruja dengan idea tersebut.

Tak lama selepas itu, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, membalas hantaran tersebut dengan menyatakan rasa terharu dan menghargai tawaran tersebut.

“Alhamdulillah terima kasih sangat-sangat jemput saya. Terharu sangat demi Allah. Tapi masa terdekat tak lepas lagi sebab kerja Allah bagi banyak. Thank you sangat.”

View this post on Instagram

Memahami kekangan masa dan komitmen kerjaya Kamal, individu tersebut mengatakan dia bercadang untuk membawa pelakon itu pada masa yang akan datang. Individu berkenaan juga tidak melepaskan peluang untuk mendoakan kesejahteraan Kamal dan keluarga.

“Takpa bang, saya faham tu. Kalau masa terdekat tak lepas takpa. Mungkin ada peluang saya bawa abang pada masa yang akan datang. Who knows kan, nanti saya DM kat IG inshaAllah. Saya doakan semuanya baik-baik untuk abang dan family juga, semoga diberi kekuatan menghadapi ujian inshaAllah.”

Apabila MURAI menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah memuji sikap profesional Kamal Adli sambil mendoakan agar pelakon itu berpeluang untuk menunaikan umrah.

Jika ada rezeki Kamal Adli, pasti dia akan dijemput menjadi tetamu Allah. InshaAllah.

Aliff Syukri Titip Pesanan Kepada Netizen Kes Cerai Kamal Adli & Uqasha Senrose-"Biar Mahkamah Buat Kerja.."
kamal adli
https://lomp.at/n3f0e
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @fikri.madyiii (Threads)
Lokal

Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

by Nurul A.
March 26, 2026

Seorang individu, yang dikenali dengan nama Ahmad Fikri telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dirinya menjadi rakan sekelas kepada...

Read moreDetails
Lokal

Amyza Aznan Bawa Pulang Anak Ke Rumah-“Hanya Mengharap Keajaiban..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Amyza Aznan berkongsi keadaan terkini anak lelakinya, Andre Mikhail yang menghidap kanser paru-paru di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bakal...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara