Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Ini 10 Syarikat Penerbangan Dengan ‘Legroom’ Paling Luas Di Dunia Untuk Kelas Ekonomi

by Phic ARMAN
February 25, 2026
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebut pasal terbang kelas ekonomi, ramai terus bayang satu benda,  sempit. Lutut rapat ke kerusi depan, nak bersandar pun rasa serba salah. Lagi-lagi kalau penerbangan jarak jauh, memang boleh jadi ujian kesabaran tahap dewa.

Tapi MURAI nak cerita sikit, tak semua syarikat penerbangan kedekut legroom atau ruang kaki tau. Ada yang betul-betul fikir pasal keselesaan penumpang walaupun duduk di bahagian paling belakang pesawat. Berikut 10 syarikat penerbangan dengan ruang kaki yang terbaik seperti yang dilaporkan oleh SimpleFlying.

Jepun Memang Akan Utamakan Keselesaan

Kalau kalian terbang ke Jepun, boleh tarik nafas lega. Dua nama besar ini memang selalu jadi sebutan, Japan Airlines dan All Nippon Airways.

Kedua-duanya tawarkan jarak ruang kaki (seat pitch) sehingga 34 inci (86.4 cm) untuk kelas ekonomi. Dalam dunia penerbangan hari ini, angka itu bukan biasa-biasa. Standard industri sekarang sekitar 31 hingga 32 inci sahaja.

Japan Airlines

Japan Airlines atau JAL terkenal dengan strategi “Sky Wider” mereka. Dalam pesawat Boeing 787 Dreamliner, kebanyakan syarikat guna susun atur 3-3-3 bagi memuatkan sembilan kerusi sebaris. Tapi JAL berani guna konfigurasi 2-4-2, jadi lapan kerusi sahaja sebaris. Nampak kecil bezanya, tapi percayalah, beza rasa dia memang ketara.

All Nippon Airways

ANA pula tak nak kalah. Selain kekalkan 34 inci pada kebanyakan penerbangan jarak jauh termasuk model 777 dan 787-9, mereka bakal perkenalkan kerusi baharu Recaro pada  2026 untuk 787-9. Tambah lagi satu inci ruang lutut dan tahap rebah sehingga tujuh inci, antara yang paling tinggi dalam kelas ekonomi. Kalau nak tidur dalam ekonomi, inilah antara peluang terbaik.

Emirates Pun Tak Kedekut Ruang

Bila sebut penerbangan mewah, nama Emirates memang tak pernah tercicir. Dalam pesawat gergasi Airbus A380 mereka, ruang kaki kelas ekonomi juga mencecah 34 inci. Tak hairanlah ramai sanggup bayar lebih sikit asalkan perjalanan lebih selesa.

Data Tempahan Emirates Di Malaysia Didedahkan: Apa Yang Berlaku Semasa Tahun Kuda?
Emirates

Untuk penerbangan Amerika pula, JetBlue tawarkan sekitar 32.3 inci, sedikit atas purata industri. Manakala nama-nama seperti Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Qantas kekal sekitar 32 inci.

Syarikat seperti Delta Air Lines dan Alaska Airlines pula berada sekitar 31 inci. Masih selesa, tapi taklah selapang Jepun.

Kadang-kadang kita terlalu fokus pada harga tiket paling murah sampai lupa kira faktor keselesaan, terutama untuk penerbangan jauh lapan hingga 12 jam. MURAI bukan suruh berbelanja mewah, tapi cuba timbang beza satu atau dua inci ruang kaki itu mungkin bezakan perjalanan yang menyeksakan dengan perjalanan yang masih boleh senyum bila mendarat.

Lain orang lain keutamaan. Tapi kalau MURAI boleh pilih, tambahan ruang kaki memang satu pelaburan kecil untuk kesihatan lutut dan emosi sepanjang penerbangan.

ANAemiratesJapan Airlines
https://lomp.at/hmq07
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Silverfox Cafe KL Photobooth Telefon: Kafe Estetik Rare Di Chow Kit

by Farah Fatihah
March 27, 2026

Silverfox Cafe KL adalah antara kafe estetik di Kuala Lumpur yang makin jadi pilihan ramai, bukan sahaja sebab cantik untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Ramadan Penuh Makna, Senyuman Anak-anak Asnaf Ini Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
March 11, 2026

Bila melihat foto-foto yang dikongsikan oleh Alamanda Shopping Centre, hati siapa yang tidak tersentuh. Wajah-wajah riang kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @MuziumTerengganu
LifeXplore

OOTD Raya Tema Melayu Klasik? Kota Lama Duyong Port Paling Cantik Di Terengganu

by Farah Fatihah
March 20, 2026

Bagi kalian yang ingin merakam gambar cantik dengan tema Melayu klasik, Kota Lama Duyong ialah lokasi yang patut dimasukkan dalam...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara