Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Ini Alasan Penduduk Mesir Gelarkan Rami Malek Sebagai ‘Firaun’ Baru

by Phic ARMAN
February 26, 2019
Share on Facebook

Kemenangan Rami Malek meraih anugerah Best Actor dalam Oscar 2019 ternyata membuat penduduk Mesir bangga dengan pencapaiannya. Malah aktor keturunan negara  itu kini disebut ‘firaun’ gara-gara Oscar.

Firaun Baru Mesir

Gelaran ini tercetus selepas kemenangan Malek yang menandakan dirinya sebagai aktor keturunan Amerika-Arab pertama yang pernah meraih piala Oscar. Malah Malek fasih berbicara dalam bahasa Arab.

Penduduk Mesir sangat kagum atas kemenangan Malek dalam Oscar 2019, terutama kala bintang ‘Bohemian Rhapsody’ itu menekankan keturunannya dalam ucapan.

“Saya adalah anak dari pendatang,” kata Malek dalam ucapan kemenangannya di Oscar, semalam di Los Angeles.

https://www.youtube.com/watch?v=iy4GL6RtVOk

Keluarga Malek diketahui merupakan keluarga Kristian Koptik yang tinggal dari  daerah Minya, Mesir. Dikisahkan oleh sepupu Malek, kampung halaman aktor itu ikutan heboh anggota masyarakatnya menang Oscar.

Seluruh kampung berjaga sehingga jam 5.00 pagi waktu tempatan untuk menonton acara itu, kata sepupu Malek, Fady Essam, 24.

“Kami menghubungi ibunya untuk mengucapkan tahniah dan menggesa beliau membawa Rami ke Mesir bagi mengadakan sambutan besar-besaran untuknya,” kata Essam.

Menteri Imigresen Mesir, Nabila Makram, turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan Malek. Media sosial dipenuhi pujian dengan hashtag nama Malek dalam Arab dan Inggeris, manakala ramai lagi turut memuji ‘Firaun’ baru Mesir itu.

Filem Rami Malek, ‘Bohemian Rhapsody’ juga ditayangkan di Mesir. Akan tetapi adegan kala Malek yang sebagai Freddie Mercury mengungkapkan orientasi seksualitinya telah dipadamkan.

Watak Malek dalam ‘Bohemian Rhapsody’ juga mengundang kontroversi, terutama bahagian homoseksual tersebut. Di Mesir, tindakan homoseksual mengundang persekusi.
Pemerintah Mesir telah menghukum pihak-pihak yang diduga homoseksual meskipun orientasi dan perilaku tersebut tak secara jelas dilarang. Tindakan pemerintah ini pun dikecam oleh kelompok sayap kanan.

Bohemian RhapsodyfiraunRami Malek
https://lomp.at/e0kt9
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara