• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Ini Kisah Hidup Dena Rachman, Transgender Yang Rela Jadi Murtad Kerana Kecewa

by Zaidin Albert
November 19, 2020
Share on Facebook

Nama Dena Rachman menjadi sebutan di Indonesia kerana perjalanan hidupnya. Bekas penyanyi kanak-kanak itu menjadi perhatian kerana dia mengaku telah menukar agama dan akan berkahwin dengan lelaki warga asing.

Bukan hanya itu, kehidupan Dena Rachman sejak dia remaja telah menimbulkan banyak kontroversi. Lebih-lebih lagi, dia dengan tegas memilih untuk menjadi wanita dan telahpun menukar jantina.

Pada usia kecil, Dena dikenali sebagai penyanyi cilik dengan nama Renaldy pada era-90an.

Lihat video nyanyian Dena ketika menjadi penyanyi cilik di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=ht2UndRiPlc

Kini Seorang Pereka Fesyen Yang Berjaya

Dena kini merupakan seorang pereka fesyen berbakat dan memiliki label fesyen yang popular di kalangan pencinta fesyen.

Tukar Jantina Pada Tahun 2009

Menerusi wawancara bersama Dena  di video YouTube Daniel Mananta, Dena mengakui bahawa dia merasakan dirinya seorang wanita sejak dia bersekolah. Namun, dia hanya berani menyatakan hasratnya untuk menjadi wanita kepada keluarganya pada tahun 2009 ketika dia habis pengajian dan mula bekerja.

Setelah menyatakan hasratnya untuk menjadi transgender, Dena ditolak oleh bapanya. Namun, tidak lama kemudian, bapanya mula menerima. Dena juga menganggap bahawa bapanya tidak menunjukkan perasaan bersalah kerana gagal mendidik dirinya sendiri.

Tukar Agama Dari Islam Ke Kristian

Dena sempat menjadi ateis (tidak beragama) sebelum memutuskan untuk memeluk agama Kristian. Menjadi transgender pasti menjadikan Dena harus menjalani kehidupan yang sukar di kelilingi masyarakat yang rata-rata tidak menerima penampilannya.

Dena mengakui bahawa dia merasa kecewa dengan persekitaran dan mengalami pengalaman hidup yang pahit hingga akhirnya dia tidak percaya kepada Tuhan. Dena mulai tidak percaya akan kewujudan Tuhan sehingga pada tahun 2015 dia mendapat rasa tenang ketika melihat orang Kristian beribadah.

Bermula dari itu, Dena akhirnya mempelajari agama Kristian dan memutuskan untuk memeluk kepercayaan ini. Menurutnya, keputusan Dena untuk menukar agama kerana  kekecewaannya terhadap persekitaran dan pengalaman hidupnya.

Kekecewaan ini membuatnya marah dan memilih untuk tidak percaya kepada Tuhan. Lebih-lebih lagi, dia merasakan bahawa dia berbeza dengan orang lain pada umumnya.

YouTube video
Daniel ManantaDena Rachmantransgender
https://lomp.at/b24gy
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Indonesia

Adegan Seks Dalam Filem! 7 Artis Indonesia Ini Berani Buktikan

by Zaidin Albert
October 18, 2017

Demi untuk menjayakan sebuah watak sebuah lebih berkesan, kadang-kadang memaksa seorang artis bertindak jauh melampaui nurani mereka. Bukan semua filem seseorang...

Read moreDetails
Indonesia

5 Artis Popular Indonesia Pilih Jadi Murtad Demi Cinta

by Phic ARMAN
June 15, 2017

Selepas kematian pelakon veteran popular Yana Zein, ramai yang keliru dengan isu tukar agama di Indonesia. Namun ini bukan perkara...

Read moreDetails
Indonesia

Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

by Aphit J.
May 11, 2025

Pada minggu ini, media sosial hangat memperbincangkan perkahwinan pasangan selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya dan Maxime Bouttier. Majlis yang berlangsung...

Read moreDetails
Indonesia

Makin Cantik! Inilah Gambar Terkini Nabila Mutiara Hati

by Khai Azfar
October 3, 2017

Suatu ketika dahulu, setiap jam 6 petang, pasti kita akan 'melekat' di hadapan kaca televisyen rumah bagi menonton sinetron yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore