Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Ini Sebab Mengapa 5 Pintu Misteri Yang Tidak Pernah Dibuka Sehingga Ke Hari Ini

by Aphit J.
October 4, 2020
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Dunia mempunyai pelbagai kejadian dan perkara-perkara aneh. Salah satu perkara aneh yang tidak ramai tahu adalah kewujudan pintu misteri yang tidak penah dibuka sehingga kini dan ini adalah 5 pintu misteri menurut The Richest.

Tempat Pembuangan Sisa Nuklear Di Finland

via New York Times

Tempat pembuangan sisa nuklear di Finland ini dikunci sekurang-kurangnya selama 100,000 tahun bagi mengelakkan bahaya sisa nuklear yang boleh menyebabkan penderitaan penduduk bumi.

Menurut pakar, ini merupakan cara paling selamat untuk membuang sisa nuklear. Jadi untuk beberapa lagi keturunan manusia, pintu simpanan yang menyimpan sisa nuklear ini tidak boleh dibuka sama sekali.

Bilik Kebal Virus Di Amerika Syarikat

via CNBC

Penyakit cacar merupakan satu wabak yang mampu untuk membunuh dan telah menyebabkan berjuta kematian dalam sejarah manusia. Sejumlah kecil penyakit ini masih lagi hidup. Ia disimpan dalam keadaan beku di sebuah bilik kebal rahsia milik tentera Amerika Syarikat dan Rusia.

Menurut The Richest, sekiranya salah satu sampel ini dikeluarkan, penyakit cacar ini dikatakan mampu untuk merebak dan membunuh berjuta manusia lagi. Sampel penyakit cacar ini dikatakan disimpan oleh kedua-dua pihak sebagai jaminan untuk tidak melancarkan perang biologi.

Kuil Terkaya Dunia Di Kerala, India

via Hops ID

Kuil Sree Padmanabhaswamy di Kerala, India, merupakan sebuah kuil suci bagi Maha Vishnu, iaitu dewa Hindu yang paling kuat sekali. Kuil yang mempunyai lapisan diperbuat daripada emas itu dibina pada abad ke-16 dan menyimpan harta keturunan Raja Travancore.

Pemimpin agama di situ memberi amaran bahawa pembukaan bilik-bilik kebal itu akan menunjukkan mereka tidak menghormati Maha Wisnu dan akibatnya malapetaka bakal berlaku. Satu-satunya cara untuk selamat masuk ke dalam adalah dengan melalukan upacara suci yang dikenali sebagai mantera garuda, tapi tak ada seorang pun yang tahu cara melakukannya.

Harta Karun Di Machu Picchu

via Fodors

Di bawah Machu Picchu terdapat makam dan sistem gua yang masih belum ditemui. Orang Peru takut dengan pencerobohan arkeologi di situ kerana kuatir mereka akan merosakkan tempat suci Machu Picchu.

Maka mereka menolak untuk memberi sebarang kebenaran untuk membuat pencarian di situ. Jadi sampai sekarang pintu gua tidak pernah dibuka untuk mengetahui isi kandungan gua.

Hotel Pembunuhan Di Kanada

via Kayak

Pada tahun 1906, satu kisah lagenda mengatakan bahawa terdapat satu keluarga yang dibunuh di dalam bilik 837 semasa mereka sedang tidur. Pekerja yang mengemas bilik itu keesokkan harinya menemui mayat sekeluarga ini yang terbaring keadaan berlumuran darah.

Di sekeliling dinding juga terdapat kesan tapak tangan yang berdarah, seolah-olah kesan daripada pergelutan. Sejak daripada saat itu, bilik tersebut telah ditutup sepenuhnya dan tidak akan dibuka kembali kerana dipercayai mempunyai misteri.

Menarik! Tanpa kita ketahui,masih banyak lagi misteri yang terdapat di muka bumi yang masih belum kita terokai.

Kuil Sree PadmanabhaswamyPintu MisteriPintu Yang Tidak Pernah Dibuka
https://lomp.at/5ywfy
Share13Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara