• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Ini Sebabnya Mengapa Yahudi Mahukan Baitulmuqaddis-“Kota Suci 3 Agama!”

by Jash Lee
November 21, 2023
Share on Facebook

Seperti yang kita ketahui bahawa Kota Batulmaqdis merupakan kota suci kepada 3 agama iaitu agama Abrahamik Yahudi, Agama Kristian dan agama Islam. Mengapa ketiga-tiga agama ini menganggap kota baitulmuqaddis ini sebagai kota suci? Ini sebabnya!

Di dalam Islam, Masjidil Aqsa merupakan tempat yang menjadi destinasi perantara antara perjalanan dunia di muka bumi dengan perjalanan seterusnya (ke langit) yang menuju terus ke Sidratul Muntaha sebagai jemputan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk bertemu dengan Allah S.W.T.

Selain itu, di dalam agama Kristian pula, Baitulmuqaddis juga merupakan tempat Jesus (Nabi Isa AS) berdakyah, meninggal dunia dan dibangkitkan kelak. Penganut Kristian melihat Jerusalem sebagai tempat kedatangan kedua Jesus (Nabi Isa AS) yang akan datang.

Manakala dalam Judaism pula, ‘Temple Mount’ dipercayai terletak di Jerusalem iaitu Kuyil Yahudi zaman dahulu kala yang dipercayai berdiri bersamping Tebing Barat. Itu merupakan antara tapak paling suci dalam agama Yahudi. Mereka menggangap bahawa Messiah (Nabi Isa AS) yang akan menjadi penyelamat mereka yang turun di situ.

Tembok Ratapan Yahudi – VIA GOOGLE

Menurut tradisi dan kitab Yahudi, Kuil Pertama dibina oleh Raja Sulaiman, anak kepada Raja Daud pada 957 sebelum Masihi yang telah dimusnahkan oleh Empayar Neo Babylon, bersama-sama dengan Jerusalem pada 587 sebelum Masihi.

“Misi Mencari Kotak Tabut”

Pada hari ini, Pihak Israel menggali terowong dibawah Masjid Al-Aqsa kerana mereka ingin melemahkan struktur Al-aqsa dan mencari kotak Tabut iaitu “The Ark of Convenant” meskipun belum ada bukti yang emprikal.

“Mengikut kepercayaan Yahudi, Kotak Tabut itu dikatakan, jika diaktifkan ia mampu melepaskan kemurkaan Tuhan. Setiap kali perang, kotak itu dibawa bersama kerana ianya boleh menundukkan musuh kerana terlalu suci, menyentuh kotak itu akan membawa kepada kematian yang pantas.”

Kotak itu dipercayai mempunyai tablet batu dimana sepuluh perintah dirulis (Commandments). Ia juga berfungsi sebagai cara Yahweh (Tuhan Yahudi) berkomunikasi dengan orang Israel.

VIA GOOGLE

Kuil pertama dan kedua yang dikatakan kedua-duanya telah musnah semasa penaklukan Babylonia pada tahu 587-586 sebelum Masihi dan Empayar Rom pada 70 Masihi (Tahun 0070). Yang dikatakan mereka adalah, Masjid Al-Aqsa, kini terletak di atas tapak kuil itu, manakala saki-baki utama adalah dinding barat luar halaman kuil kedua yang dikenali sebagai tembok ratapan.

“Ingin Musnahkan Masjid Al-Aqsa”

Gambaran Kuil Haikal Sulaiman – VIA GOOGLE

Kuil Haikal Sulaiman ketiga yang dirancang untuk dibina bagi menyambut kedatangan ‘Messiah’ palsu iaitu Al-Masih Ad-Dajjal ketika akhir zaman nanti. Kuil ketiga ini adalah merupakan sebahagian daripada rancangan Yahudi Zionis jika ‘The Dome of The Rock (Masjid Al-aqsa)’ berjaya dimusnahkan oleh mereka.

Tambahan pula, ramai Yahudi yang ingin dikebumikan di Bukit Zaitun di Baitulmuqaddis (Jerusalem) sejak zaman dahulu ,kerana mengikut tradisi Yahudi mereka percaya bahawa Messiah akhir zaman akan datang dan kebangkitan orang mati bermula di bukit ini. Dianggarkan terdapat 150,000 kubur yang terdapat dikawasan ini.

Tanah dari Bukit Zaitun – VIA GOOGLE

Manakala jika orang Yahudi meninggal dunia diluar negara selain dari Baitulmuqaddis (Jerusalem), tanah dari Bukit Zion atau Bukit Zaitun di import ke negara luar bagi melengkapkan kebumian itu. Tanah dari Baitulmuqaddis (Jerusalem) akan ditabur pada mata dan bahagian kerongkong si mati bagi melindungi roh dari melihat atau berkata buruk di ‘akhirat mereka’ kelak.

Apa-apa pun, semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak dapat memberi ilmu yang bermanfaat buat kita sebagai umat islam agar mengetahui apa yang tidak kita ketahui sebelum ini. Apa kata anda?

baitulmaqdisBaitulmuqaddisIslamjerusalemkristianMasjid Al-AqsaYahudi
https://lomp.at/rl4ww
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore