Berita baik buat mahasiswa anak Johor, Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kini membuka permohonan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) 2026, iaitu bantuan kewangan RM200 secara one- off kepada pelajar yang layak.
Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan mahasiswa yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Permohonan bantuan ini dibuka bermula 6 Mac sehingga 14 Mac 2026 sahaja, jadi para pelajar yang layak disarankan membuat permohonan secepat mungkin sebelum tarikh tutup.
Apa Itu Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ)
Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) merupakan bantuan tunai RM200 sekali bayar yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor.
Bantuan ini diberikan kepada mahasiswa anak Johor yang sedang mengikuti pengajian di peringkat:
- Sijil
- Asasi
- Matrikulasi
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
Menariknya, bantuan ini tidak mempunyai syarat pendapatan keluarga dan terbuka kepada pelajar dari Tahun 1 hingga tahun akhir pengajian.
Syarat Kelayakan Permohonan
Antara syarat yang perlu dipenuhi untuk memohon bantuan ini ialah:
- Warganegara Malaysia
- Dilahirkan di Johor dan mempunyai alamat tetap di Johor (MyKad), atau dilahirkan di luar Johor tetapi mempunyai alamat tetap di Johor.
- Sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di institusi yang diiktiraf
Pelajar yang belajar di institusi berikut juga layak memohon:
- IPTA
- IPTS di bawah Kerajaan Negeri Johor
- IPTS berstatus universiti yang diiktiraf MQA
- Kolej Matrikulasi
Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM200 secara one-off kepada setiap pelajar yang layak.
Walaupun jumlahnya tidak besar, ia diharapkan dapat membantu pelajar menampung sedikit sebanyak kos kehidupan sepanjang pengajian.
Cara Memohon Bantuan IMAJ 2026
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Bantuan Pelajaran YPJ.
Langkah permohonan adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Bantuan Pelajaran YPJ.
- Isi borang permohonan dengan maklumat yang lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan seperti:
- Salinan Kad Pengenalan
- Kad Pelajar
- Surat Tawaran Kemasukan ke IPT
- Baca dan setuju dengan terma serta syarat.
- Klik butang “Hantar Permohonan”.
Tempoh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka pada: 6 Mac 2026 hingga 14 Mac 2026
Pelajar dinasihatkan memastikan semua dokumen lengkap sebelum menghantar permohonan bagi mengelakkan sebarang masalah. Pihak Yayasan Pelajaran Johor berhak menolak permohonan sekiranya maklumat yang diberikan tidak lengkap atau tidak sahih.
Sebarang maklumat palsu juga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peraturan yang ditetapkan.
Bgai Murai, Bantuan Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) 2026 ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam menyokong pendidikan anak Johor. Walaupun hanya RM200, bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menguruskan perbelanjaan harian ketika menuntut ilmu di IPT. Bagi yang layak, jangan lepaskan peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup permohonan.







