Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Insomnia? Susah Nak Tidur? TikTok Tunjuk Cara Tidur Nyenyak Dalam Masa 2 Minit!

by Soph Azz
January 11, 2023
Foto - Daily Mail UK

Foto - Daily Mail UK

Share on Facebook

Individu yang alami insomnia atau susah nak tidur; pasti tahu betapa deritanya setiap malam bila cuba nak paksa diri untuk tidur. Betul tak?

Walaupun ada pelbagai cara untuk rawat masalah susah tidur dan insomnia tetapi ada kalanya cara tersebut tak berkesan, jangan risau. Miss Murai ada cara yang lebih cepat dan berkesan untuk kamu cuba segera!

Mereka yang hadapi situasi di atas, wajib cuba cara ini untuk tidur dengan nyenyak dalam masa 2 minit!

Tidur dalam masa 2 minit: Teknik ketenteraan

Tular di TikTok, seorang pakar kecergasan iaitu Justin Agustin berkongsi tentang teknik untuk tidur dalam masa dua minit. Dedahnya teknik ini adalah strategi yang digunakan oleh tentera ketika mereka cuba mendapatkan tidur yang cepat dan nyenyak.

@justin_agustin

Technique to falling asleep in 2 minutes! Insp. AsapSCIENCE on YT #sleep #fallasleep #insomnia #insomniac #learnontiktok #howto

♬ You – Petit Biscuit

Teknik ketenteraan yang melibatkan tidur dalam masa 2 minit ini memerlukan langkah pengosongan fikiran dan gambaran senario yang tenang untuk legakan fikiran daripada tekanan tambahan.

  • Mulakan dengan merehatkan otot di dahi.
  • Rehatkan mata, pipi, rahang dan fokus pada pernafasan.
  • Turun ke leher dan bahu, pastikan bahu tidak menegang. Jatuhkan bahu serendah yang boleh dan biarkan lengan serta jari berasa longgar.
  • Bayangkan sensasi hangat bergerak dari kepala ke hujung jari tangan. Kemudian bergerak dari hati hingga ke hujung jari kaki.
  • Selepas itu tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.
  • Pastikan kamu kendurkan otot dada, perut, turun ke paha, lutut dan kaki.
  • Kosongkan fikiran selama 10 saat sebelum memikirkan salah satu senario yang tenang.

Antara senario yang boleh kamu bayangkan adalah:

  1. Berbaring di dalam sampan di tasik yang tenang dengan langit biru jernih di atas kamu.
  2. Berbaring di buaian baldu hitam di dalam bilik yang gelap gelita.
  3. Berkata “jangan fikir, jangan fikir, jangan fikir” kepada diri sendiri berulang kali selama kira-kira 10 saat.

Psst… Seorang individu memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam tidur yang berkualiti untuk  berfungsi dengan baik. Jika cara ini tidak berkesan, jumpa dengan doktor okay?

cara tidur dengan cepatinsomniatips tidur 2 minit
https://lomp.at/9ctp6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara