Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Instagram Digodam, Mathni Razak Luah Rasa Terkilan

by Khai Azfar
June 18, 2020
Share on Facebook

Nasib kurang baik menimpa pelakon, Mathni Razak apabila dia memaklumkan akaun Instagram miliknya digodam. Menurut Mathni atau nama sebenarnya Ahmad Mathni Abd Razak, 31 ketika dihubungi Murai.my berkata kejadian tersebut hanya disedarinya semalam apabila mendapat notifikasi daripada pihak yang tidak dikenali.

Cubaan Beberapa Kali Untuk Menggodam 

Jelasnya lagi, sebelum ini dia telah mendapat beberapa notifikasi daripada pihak yang sama dipercayai penggodam dan telah mengabaikannya. Namun siapa sangka, nasibnya kali ini kurang bernasib baik menyebabkan dia hilang serta merta akaun tersebut. Akui rasa terkilan, jelas Mathni bukanlah soal jumlah pengikut mahupun populariti yang menjadi keutaaman.Sebaliknya kerana usahanya membina nama selama ini selain turut mempromosikan beberapa perniagaan miliknya menerusi medium tersebut.

“Harapan saya sebenarnya kalau boleh memang nak dapatkan semula akaun tersebut. Walaupun jumlah pengikut tidaklah ramai tetapi usaha untuk mencipta nama itu bukanlah mudah” kata Mathni

Wujudkan Akaun Baharu

Biarpun begitu, pelakon yang terkenal menerusi drama Nur ini tidak berputus asa begitu sahaja. Sebaliknya, dia telah wujudkan akaun Instagram baharu buat perkongsian rakan-rakan dan juga peminat.

https://www.instagram.com/p/CBh2Iu0DnGP/

Terdahulu, beberapa orang selebriti terkenal seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Siti Sarah, Andy Bernadee dan beberapa orang selebriti lain turut melaporkan bahawa akaun Instagram mereka hampir digodam oleh pihak tertentu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Mathni Razak
Share3Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  2. 2

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  4. 4

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

  5. 5

    “Saya Suami & Ayah Paling Bertuah”- Ucapan Suami Nelydia Senrose Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara