Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Intan Najuwa Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Imane Lunara-“Terasa Seperti Baru Semalam..”

by Naddy Joe
December 16, 2025
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Datin Intan Najuwa menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir puteri tunggalnya, Imane Lunara yang kini sudah berusia satu tahun.

Melalui Instagram, Intan yang turut mengadakan majlis hari lahir yang penuh dengan warna merah jambu di salah sebuah restoran di ibu kota itu mengakui masa berlalu begitu pantas apabila Lunara kini sudah berusia setahun yang telah mengubah hidupnya.

“Kepada puteri pertamaku, rakan karib saya. Hari ini kamu berusia satu tahun, dan mommy masih tak boleh faham bagaimana masa berlalu begitu pantas, dan telah mengubah hidup kami sepenuhnya. Terasa seperti semalam saya memegang kamu untuk pertama kali, dan di saat itu, seluruh dunia saya bertukar selamanya.

Imane Lunaraku, kamulah cinta yang menulis semula hidup kami. Kamu memenuhi hari-hari kami dengan penuh makna, hati kami dengan kehangatan, dan jiwa kami dengan kebahagiaan yang tidak pernah kami sangkakan wujud.

Setiap senyumanmu melembutkan hati yang penat, dan setiap tawa mengingatkan kami mengapa cinta adalah anugerah terhebat.”-tulis Intan buat Imane Lunara di Instagram

View this post on Instagram

Dibanjiri Ucapan & Doa

Di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan hari lahir buat Lunara, malah ramai yang mendoakan agar si kecil ini membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia serta akhirat.

“Happy birthday Lunara, moga jadi anak solehah, berjaya dunia akhirat dan dalam lindungan Allah sentiasa, Aaminn.”

“Semoga Lunara membesar sebagai anak yang cerdik, solehah, dan berjaya dunia akhirat.”

“Lunara nak sambut di oversea hehe. Muka merajuk tu.”

Sekadar info, Intan Najuwa dan Ahmad Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dalam sebuah majlis yang diadakan di One And Only Desaru Coast, Johor.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara yang dilahirkan pada 15 Disember 2024.

"Esok Kena Saman Menggelupur"- Netizen Bengang "Acik FB" Komen Jijik Anak Intan Najuwa
intan najuwa
https://lomp.at/wphs4
Share23Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara