Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Iqbal Zulkefli Buat Wasiat Sebelum Ditidurkan Untuk Jalani Pembedahan Hidung & Tanam Rambut

by Naddy Joe
October 27, 2025
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli sempat memohon maaf kepada semua pihak sebelum ditidurkan untuk menjalani dua pembedahan iaitu rhinoplasty (pembedahan hidung) dan ‘tanam rambut’ di salah sebuah pusat perubatan di China.

Iqbal menerusi hantaran di Instagram, menjelaskan bahawa dia menjalani pembedahan hidung mengikut saranan pihak doktor disebabkan pernafasannya yang tertutup selama bertahun akibat sinus teruk.

“Tujuan saya buat pembedahan hidung sebenarnya disarankan pakar kerana pernafasan saya tertutup sudah bertahun akibat sinus teruk. Selalu saya terjaga mengejut semasa tidur seolah orang tutup hidung dan mulut.

Di waktu sama, pakar tidak membiarkan hidung kita berbentuk tidak elok. Saya juga mahukan kelihatan seperti hidung asal.”-jelas Iqbal di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

“Harta & Aset Saya Menjadi Milik Orang-Orang Susah Sepenuhnya..”

Dalam pada itu, Iqbal turut menulis wasiat sekiranya apa-apa berlaku pada dirinya dengan memberikan sepenuh harta dan aset kepada orang susah.

“Segala hutang saya, sudah saya senaraikan (ada sekitar 4 pihak sahaja). Harta dan aset saya menjadi milik orang-orang susah sepenuhnya.

Sebahagian kecil untuk Ziyad anak saya dan rumah anak-anak yatim saya ada sejak saya di bangku sekolah (dirahsiakan). Sekitar 87 orang berhutang dengan saya, semuanya saya halalkan (sekiranya apa-apa terjadi).”-titip Iqbal lagi

Mohon Doa Orang Ramai

Mengakui prosedur yang bakal dijalani berisiko kecil, namun dia hanya mahu bersedia terhadap sebarang kemungkinan selain memohon doa orang ramai agar dia dapat kembali bekerja semula.

“Prosedur ini terlalu kecil risikonya cuma kita bersedia sahaja. Lagi-lagi hospital & pakar aesthetic yang saya buat ini antara yang terbaik di dunia. Sedikit memakan masa untuk sembuh. Doakan saya cepat boleh bekerja.

Maafkan saya ya. Sangat banyak pengalaman saya mahu ceritakan nanti. Saya berdebar, menitis air mata, sebak, gembira, risau.. bercampur perasaan. Tinggalkan doa dan kata-kata yang baik ya.”-tulis Iqbal lagi

Sama-sama kita doakan agar Iqbal cepat sembuh. Apa komen anda?

Iqbal Zulkefli Kongsi Detik Cemas Pembantu Rumah 'Meracau'-"Saya Sangka Kena Rasuk.."
iqbal zulkefli
https://lomp.at/mfc3q
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Lokal

Zara Zya Pilu Lihat Keluarga Sudah Berpecah-“Sekarang Saya Cuma Dengan Mama Sahaja..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon, Zara Zya meluahkan rasa pilu melihat keluarganya yang kini sudah berpecah dan ada yang sudah bertahun tidak bersua muka....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara