Wednesday, September 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Dituduh Gay! Iqbal Zulkefli Enggan Ambil ‘Port’, Mahu Kahwini DSV Bukan Gimik Semata-Mata

Selain dituduh menjadi 'anak ikan' kepada usahawan itu, Iqbal juga dikatakan kononnya suka akan pada kaum sejenis.

by Khai Azfar
September 20, 2021
82
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak beberapa minggu yang lalu, nama bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Ahmad Iqbal Zulkefli hangat diperkatakan.

Iqbal Terus Dikecam 

Segalanya bermula apabila kedua-dua figura ini akui ingin melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini namun begitu terdapat kesulitan yang berlaku apabila anak DSV yang juga pelakon dan penyanyi, Cik B tidak merestui akan hubungan mereka. Malah, Iqbal juga tidak terkecuali dikecam teruk oleh netizen sehingga muncul beberapa dakwaan yang tidak berasas.

Selain dituduh menjadi ‘anak ikan’ kepada usahawan itu, Iqbal juga dikatakan kononnya suka akan pada kaum sejenis. Menjelaskan perkara tersebut dengan lebih lanjut, usahawan ini ketika dihubungi Murai.my berkata dia enggan mengambil peduli segala kecaman dan tuduhan yang dilemparkan oleh mana-mana pihak. “Tak perlu, biarkan sahaja (komen dan kecaman) sebab ada hal lain yang lebih serius untuk dibincangkan

“Buat masa sekarang saya hanya mampu berdiam diri” kata Iqbal kepada Murai.my

Serius Dengan DSV

View this post on Instagram

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

Mengenai perkembangan hubungannya bersama DSV, Iqbal bertegas bahawa dia sememangnya serius untuk mendirikan rumahtangga dan segala perkongsian yang dibuat di media sosial adalah berdasarkan pengakuan jujurnya.

“Sekarang saya kena hentam bertubi-tubi.

“Saya tak tahu nak bercakap apa lagi sebab semua yang saya beritahu media adalah jujur

“Cuma di pihak DSV tidak seiring dengan hal sebenar seperti tidak menjelaskan saya macam mana sebenarnya secara peribadi.

“Perkahwinan ini serius” katanya lagi

Sebaliknya, jejaka berusia 27 tahun itu kini menyerahkan kepada DSV untuk menentukan hala tuju hubungan mereka .

“Assalamualaikum semua. Pertama saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Dato Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Dato Seri Vida sebagai isteri; seandainya beliau sendiri tidak menuju ke arah perkahwinan.

“Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah.

“Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar beliau ada selitkan promosi produk  dan saya memberitahu kepada Dato Seri Vida, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu menaikkan sales syarikat beliau

“Namun, perancangan kami untuk berkahwin adalah bukan marketing” ujarnya menerusi hantaran Insta-story baru-baru ini.

Terdahulu, Murai.my melaporkan Iqbal meluahkan rasa tidak puas hati apabila digelar sebagai “anak ikan’ kepada jutawan kosmetik berkenaan. Menurut Iqbal, dia tidak mempunyai masa untuk menjadi anak ikan dan tahu akan tahap kemampuannya.

[VIDEO] Dato Seri Vida Sebak Lihat Langit Tertulis Kalimah Allah-"Tu Rumah Wakaf..."
dsviqbal zulkefli
https://lomp.at/wbybp
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza ‘Belanja’ Konsert Percuma Dalam Pesawat, Tetapi Lain Pula Yang Netizen Puji

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Ernie Zakri, Khawla Menyanyi Lagu Kemerdekaan Buatkan Netizen Teruja

  3. 3

    “Hidup Penuh Dengan Rasa Syukur & Tidak Dendam”- Kongsian Madu Marissa Dania Curi Perhatian

  4. 4

    [VIDEO] Tya Arifin Beli Kasut Kepada Ibu Bapa, Curi Perhatian Netizen-“Saya Jeles Laa.”

  5. 5

    Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem