Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isa Isarb Akui Bertumbuk, Bayar Kos Rawatan Mangsa Pergaduhan

by Khai Azfar
March 9, 2021
Share on Facebook

Youtubers terkenal, Isa Isarb yang didakwa terlibat dalam insiden pergaduhan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap beberapa individu di gelanggang futsal baru-baru ini tampil menjelaskan perkara sebenar.

Artis Turut Terlibat Dalam Pergaduhan 

https://www.instagram.com/p/CMKUtF_hIAn/

Menerusi sebuah video di IGTV yang dimuatnaiknya, Isa akui dia turut terlibat dalam pergaduhan itu kerana berasa geram setelah mendapat panggilan telefon daripada rakannya yang memberitahu telah dipukul beramai-ramai. Menurutnya, selain beberapa pengamal media sosial terkenal terdapat beberapa selebriti lain yang turut sama terlibat dalam pergaduhan tersebut.

“Time tu aku dekat Mid-Valley tiba-tiba dapat panggilan telefon daripada Isarb Hafiz memberitahu ‘Isa ada artis-artis lain, influencer lain pukul aku dekat Fero Futsal Subang”

“Bila dia cakap macam itu, time(masa) itu punya emosi ‘mana boleh artis lain nak pukul dia ni’. Time (masa) tu terus aku bergegas ke Fero. Masa aku on the way (dalam perjalanan) ke sana, Hafiz dah call (hubungi) abang-abang dekat Sungai Buloh tempat kami membesar, beritahu yang dia dah kena pukul dekat Subang”

“Bila saya sampai dekat Fero Futsal, memang datang dalam keadaan marah sebab apa? Sebab kawan kena pukul, lepas itu kena pukul depan ramai orang dan artis lain pun pukul. Time (masa) itu dengar semua, dalam keadaan itu sampai-sampai ja saya pun buat apa yang diorang buat, diorang pukul, saya pukul balik” dedahnya

Dedah Perkara Sebenar 

Bagaimanapun, tegas pemilik akaun YouTube IsaIsarb yang mempunyai lebih dua juta pengikut itu, pergaduhan tersebut bukanlah hanya mencederakan seorang individu sebaliknya terjadi dalam beberapa pecahan kumpulan yang berlaku pada waktu yang sama.

“Ini video dia. Dekat belah sini ada satu fight (pergaduhan) lepas itu dekat bahagian tengah kalau korang boleh tengok ada satu fight (pergaduhan)”

“Masa itu ada lebih kurang tiga empat fight(pergaduhan) yang berlaku dekat sana dan pihak aku sendiri pun ada yang kena pukul kalau korang perasan” katanya

Dedah Isa , pelakon Aedy Ashraf selaku presiden kelab futsal yang terlibat dalam pergaduhan itu ada menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan yang berlaku. Menurut Aedy terdapat salah faham yang berlaku kerana invididu yang ditumbuk oleh Isa dan rakan-rakannya bukanlah punca pergaduhan tersebut sebaliknya hanya cuba untuk meleraikannya.

“Tiba-tiba dia(Aedy) beritahu yang ‘Bro, yang bro pukul itu bukan orang yang tumbuk Hafiz. Korang salah pukul’. Time tu yang saya mula one step back dan berfikir balik. Habis itu siapa yang pukul Hafiz? Bila saya tanya diorang semua, tanya Hafizdia tetap beritahu yang 2-3 orang pukul dia.

“Bila tanya dengan Aedy, yang pukul Hafiz adalah budak 18 tahun yang lain hanya cuba meleraikan, dia cakap macam itu.So time itu dah jadi pelik dan saya terus ke balai polis dan buat report segala apa yang berlaku. Team saya buat report, team dia pun buat report” katanya lagi

Jelas Isa, individu yang cedera itu turut menghubunginya dan dia berasa terharu kerana masih dapat sokongan daripadanya meskipun menjadi mangsa ‘tersalah pukul’ dalam insiden tersebut. Malah demi menyelesaikan kes itu, kedua-dua mereka juga telah bersetuju menarik semula laporan polis dibuat dan Isa turut bersetuju untuk membayar kos rawatan dan lain-lain yang berkaitan berjumlah RM8,000.

[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan

Meskipun telah selesaikan kes tersebut, Isa terkejut kerana keesokan harinya ia menjadi tular dipercayai disebarkan oleh seorang individu di laman Twitter. Akuinya lagi, kesan daripada kes itu dia mengalami pelbagai kerugian selain turut menjejaskan nama baiknya.

Isa IsarbIsa Isarb bergaduh
https://lomp.at/1rqzv
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

by Phic ARMAN
March 11, 2026

Baru-baru ini, nama Diana Danielle hangat kat media sosial bila ramai mula berspekulasi, “Eh, Diana tengah bercinta ke dengan kekasih...

Read moreDetails
Spotlight

Di Usia Melebihi 40 tahun, Nora Danish Anggap Jodoh Bukan Suatu Paksaan

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Dalam dunia selebriti yang sering dihimpit persoalan peribadi, soal jodoh bukanlah sesuatu yang asing untuk diperkatakan. Namun bagi Nora Danish,...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara