Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Isteri Amy Search Respon Kritikan Peminat Tentang Gaya Rambut

by Zaidin Albert
October 14, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini, legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila muncul dengan penampilan rambut yang berwarna putih keperangan, seakan-akan blonde. Ramai yang terkejut, tapi dalam masa yang sama kagum melihat gaya baharu penyanyi yang tak pernah lekang dengan aura ‘rockstar’ walau sudah berdekad dalam industri.

Dalam gambar yang tular, Amy dilihat bergaya di samping isterinya yang juga usahawan dan figura media sosial, Datin Norhasniza Hassan atau lebih dikenali di Instagram sebagai Qasander. Penampilan Amy itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat, ada yang memuji, ada juga yang sedikit ‘kurang senang’.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah daripada seorang pengguna yang menulis:

“Perlu ke berubah sampai macam ini. Tua tetap tua. Lelaki akan betul kalau ada isteri yang betul dan baik.” – komen akaun illasham2211

Namun, tanpa bersikap defensif atau melatah, Qasander tampil menjawab dengan nada lembut tetapi padat dengan makna, menjelaskan situasi sebenar di sebalik warna rambut suaminya itu.

“Haha, terima kasih untuk rasa ambil peduli. Disebabkan pencahayaan itu kuning, rambut nampak warna.  Sebenarnya rambut dia putih. Disebabkan dah banyak rambut uban yang tumbuh, dia putihkan terus. Boleh tak dalam Islam kita warna hitam?” – balas Qasander.

Respons Qasander yang sopan tapi tegas itu membuat ramai peminat memujinya kerana berjaya menangkis komen negatif dengan cara berhemah. Malah, ramai yang menyifatkan Qasander sebagai isteri penyabar dan matang, sesuai dengan karisma suaminya yang sudah lama sinonim dengan dunia seni dan fesyen.

VIA IG Qasander

Di ruangan komen lain, ramai juga yang tampil menyokong Amy, mengatakan tiada salahnya untuk bereksperimen dengan gaya baharu. Bagi mereka, Amy Search sememangnya ikon yang tidak pernah takut berubah, malah terus relevan dari dulu hingga kini.

“Biarlah rambut putih ke, blonde ke, Amy tetap Amy. Suara dia tetap padu!” tulis seorang peminat.

Ada juga yang memuji penampilan rambut putih Amy kerana ia memberikan imej lebih elegan dan kemas, berbeza daripada gaya rock liar yang sinonim dengannya suatu ketika dulu.

"Awie Minta Maaf"-Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Tak dinafikan, setiap kali Amy Search tampil dengan sesuatu yang baru, pasti ada saja yang berbicara,  tapi itulah tanda seorang legenda. Bukan calang-calang orang boleh kekal relevan dan masih mencuri perhatian selepas puluhan tahun dalam industri.

Nampaknya kali ini pun, Amy dan Qasander membuktikan bahawa mereka bukan saja pasangan serasi, tapi juga matang dalam menghadapi kritikan.

amy searchNorhasniza Hassan
https://lomp.at/p1bxh
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

by Phic ARMAN
February 16, 2026

Nama Putri Aleeya Antasha kembali jadi buah mulut netizen apabila sekeping foto terbaharu dirinya tular di media sosial. Wajah lembut,...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa, Alami Kecederaan Di Kepala

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny berkongsi keadaan terkini selepas mengalami kemalangan jalanraya bersama ibubapanya, semalam. Kemalangan Jalan Raya Dengan Ibu Bapa Kongsi...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Hantar Surat Guaman Kepada Keluarga, Brooklyn Beckham Digelar “Si Tanggang England”

by Nurul A.
January 12, 2026

Nampaknya konflik antara keluarga Beckham dan Brooklyn Beckham masih berterusan dan tidak ada penghujungnya. Baru-baru ini, anak sulung pasangan David...

Read moreDetails
Berita

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore