Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Isteri Dibedah, Dr Sheikh Muszaphar Menanti Detik Timang Anak Kembar Kedua

by Khai Azfar
November 13, 2020
Share on Facebook

Menerusi hantaran di laman Instagram, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor memaklumkan dia kini menanti detik isterinya, Datin Dr Halina untuk melahirkan anak kelima dan keenam mereka yang juga merupakan pasangan kembar.

Terpaksa Jalani Pembedahan 

Bagaimanapun, kongsi Dr Sheikh isterinya terpaksa menjalani pembedahan bagi melahirkan anak kembar mereka itu yang baru berusia 34 minggu dalam kandungan kerana Dr Halina menghidap pre-eclampsia. Jelas Dr Sheikh lagi, keadaan ini membawa risiko kepada nyawa ibu dan bayi sekiranya tidak dirawat.

“Menunggu untuk dibedah ketika usia kandungan 34 minggu.

“Dr Halina menghidap keadaan kritikal yang dikenali pre-eclampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan anak kembar sekiranya tidak dirawat.Lazimnya berlaku pada ibu mengandung 34 minggu yang berkaitan dengan tekanan darah, bengkak dan protein tinggi di dalam air kencing,” katanya.

Dijangka Bedah Hari Ini 

Menurut Dr Sheikh, terdapat banyak punca penyakit itu termasuklah faktor usia kehamilan pada usia 40 tahun dan kehamilan kembar itu sendiri. Meskipun begitu, keadaan kedua-dua bayi berada dalam keadaan baik namun mereka berharap agar dapat menunggu sedikit masa biarpun pembedahannya dijangka akan dilakukan pada hari ini.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak kembar dr sheikh muszapharDatuk Dr Sheikh Muszaphar shukorDr Halina
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara