Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Isteri Imam Muda Syed Mohd Faris Diceraikan, Pernah Dipukul Madu!

by Khai Azfar
July 30, 2020
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Lagi isu kontroversi rumahtangga hangat diperkatakan di dalam industri. Selepas pendedahan netizen mengenai pelawak Shuk Sahar, terbaru Imam Muda Syed Mohd Faris dikhabarkan telah menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosly baru-baru ini.

Cerai Talak Satu, Dua Hari Selepas Ulang Tahun Perkahwinan

Pendedahan tersebut telah dibuat sendiri oleh Hidayu menerusi temubual bersama Harian Metro yang mana finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu menceraikannya selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Lebih menyedihkan, Hidayu memaklumkan dia telah diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu, dua hari selepas menyambut ulang tahun yang ke-13 perkahwinan mereka.

Pernah Dikasari Madu 

Bukan itu sahaja, madunya itu juga pernah bertindak kasar terhadapnya dengan menendang, memijak kaki serta memulas tangannya ketika habis berpantang selepas melahirkan anak kelima mereka. Tindakan itu dibuat selepas suaminya dikatakan bakal menceraikan salah seorang daripada mereka.

“Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu berang apabila suami memaklumkan dia mungkin akan menceraikan salah seorang daripada kami.

“Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah,” katanya dalam temubual tersebut.

Suami Berubah 

Dedah Hidayu lagi,dia sememangnya mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi dakwah di Sarawak pada 2018 yang mana turut disertai suaminya.

“Kami berada di sana selama seminggu. Ketika itulah saya berkenalan dengan wanita itu. Dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan sama dengan suami, tetapi saya tidak. Dari situ, saya mula rasa ada yang tak kena,” katanya.

Menurut Hidayu, dia sedar akan perubahan yang ketara pada suaminya apabila kerap pulang lewat dan adakalanya tidak pulang langsung ke rumah. Bukan itu sahaja, suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan hanya diberikan mengikut kehendaknya sebelum memberitahu sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.

Difahamkan, sebelum ini Imam Muda tersebut pernah meluahkan hasratnya untuk berkahwin lagi namun Hidayu memintanya untuk berfikir terlebih dahulu memandangkan mereka mempunyai anak-anak.

Pernah Berkenalan Dengan Lima Wanita Lain 

Bagaimanapun, pendakwah bebas itu tetap ingin meneruskan keinginannya untuk berkahwin lagi dan mendakwa wanita lain boleh melayannya lebih hebat daripada dirinya.

“Sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami”

Untuk rekod, Mohd Faris dan Hidayu dikurniakan lima cahaya mata berusia lingkungan 12 hingga lapan bulan. Sepanjang perkahwinan itu juga,Hidayu pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali.

Imam Muda Syed Mohd Faris
https://lomp.at/oepuu
Share14Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara