Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Hampir Diculik: Hairul Azreen & Ammar Alfian Bakal Bertemu ESSCOM Hari Ini

by Khai Azfar
September 19, 2018
Share on Facebook

Hujung bulan yang lalu, pelakon filem Paskal Hairul Azreen dan Ammar Alfian dikecam hebat gara-gara mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hampir diculik oleh lanun di perairan Sabah ketika menjalani penggambaran filem itu. Menolak dakwaan tersebut, pihak Kawasan Ke­selamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berkata kenyataan itu sama sekali tidak benar dan mahu berjumpa kedua-dua pelakon ini bagi mendapatkan kenyataan lanjut daripada mereka.

Bakal Berjumpa ESSCOM Hari Ini

Terbaru, ketika ditemui murai.my Hairul berkata dia dan Ammar bakal bertemu dengan pihak ESSCOM hari ini berhubung isu mereka yang kononnya hampir diculik di kawasan pelantar minyak perairan Sabah. Ekoran dakwaan itu, segelintir netizen mengecam kenyataan mereka malah turut menganggap ianya seperti satu gimik bagi mempromosikan filem Paskal.

Enggan Keluarkan Kenyataan Lanjut

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu ini, Hairul walaubagaimanapun tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana khuathir bakal berlaku salah faham seperti kenyataannya sebelum ini yang menimbulkan kontroversi.

“Kami akan  bertemu dengan pihak Esscom pada esok hari (Rabu). Saya minta maaf tak boleh nak ulas lanjut mengenai perkara ini dan tunggu sahaja nanti,”

Segalanya bakal terjawab hari ini dan sama-sama kita nantikan kenyataan lanjut daripada pelakon-pelakon ini berkenaan isu hampir diculik di perairan Sabah. Filem Paskal akan mula ditayangkan serentak di pawagam seluruh tanah air bermula 27 September ini. Selain Hairul dan Ammar, filem yang menelan belanja sebanyak 10 Juta ini turut membariskan ramai pelakon terkenal seperti Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Namron dan Jasmin Suraya Chin.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ammar alfianGambit SaifullahHafizul KamalHairul Azreenhairul azreen paskalNamron dan Jasmin Suraya Chin.paskalTaufiq Hanafi
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara