Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Isu Laporan Polis: Timbalan Presiden Domino’s Pizza Turut Mohon Maaf

by Khai Azfar
October 1, 2019
Share on Facebook

Awal minggu lalu, tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang disiasat polis gara-gara membuat pesanan 10 set makanan termasuk piza di sebuah restoran makanan segera, Domino’s Pizza. Segalanya bermula apabila, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zacky Khairudean membeli set tersebut menggunakan kupon diskaun yang dibelinya di sebuah platform atas talian.

Buat Laporan Polis 

Meragui akan pembelian tersebut, pihak Domino’s telah membuat laporan polis sehingga menyebabkan dia disoal siat di cawangan Domino’s pembeliannya itu dan dituduh telah membuat pesanan menggunakan hack atau glitch untuk mendapatkan pesanan murah. Selepas siasatan dijalankan, laporan mendapati bahawa Zacky tidak bersalah dan pihak Domino’s turut memohon maaf selain menarik semula laporan tersebut.

Mohon Maaf 

Biarpun telah memohon maaf, rangkaian makanan berasaskan piza itu terus dikecam hebat sehingga ada yang terus memboikotnya. Sejurus dengan itu, pihak Domino’s menerusi laman Facebook mereka sekali lagi memohon maaf.

Berbeza dengan sebelum ini, muatnaik kali ini menyaksikan Timbalan Presiden Domino’s Pizza Malaysia, Shamsul Amree turut memohon maaf dan menceritakan perihal yang sebenar. Dalam kenyataannya itu dia mengharapkan agar terus menyokong mereka dan tidak meragui penggunaan baucar Domino’s pada masa akan datang. Adakah dengan insiden ini, Domino’s akan membuat promosi ‘minta maaf’ sama seperti kempen-kempen mereka sebelum ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Domino's Pizza
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara