Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Rotan Tangan Anak : Bekas Suami Ziana Zain Failkan Rayuan

by Khai Azfar
November 5, 2020
Share on Facebook

Bekas suami penyanyi wanita terkenal Siti Roziana Zin atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain,52 iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri yang dihukum penjara lapan bulan kerana merotan tangan anak lelakinya telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan itu.

Rayuan Ditangguhkan

Menerusi laporan BERNAMA, Peguam Amir Farid Mohd Nawawi yang mewakili Armin, 55 rayuan itu telah difailkan pada tarikh sama anak guamnya dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Shah Alam iaitu 28 Sept lepas. Difahamkan, rayuan itu sepatutnya ditetapkan semalam untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Azizah Jaafar namun ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya sehingga 9 November ini.

Via NSTP

Bagaimanapun,mahkamah telah menetapkan 19 November sebagai tarikh pengurusan kes yang baharu di hadapan Nur Azizah. Terdahulu,Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Armin bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam di bahagian tangan anak lelakinya yang berumur 9 tahun menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, Shah Alam antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Februari 2018.

Hukuman Penjara

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Untuk rekod, bekas ketua pramugara itu ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari 2018. Ziana dan Armin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018. Pelantun Putus Terpaksa itu memfailkan tuntutan perceraian pada 3 April 2018 selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadapnya. Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.

Armin Zaharin Ahmad ZambriBekas suami ziana zain
https://lomp.at/ik40i
Share3Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara