Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Isu Tarikh Nikah Uqasha Dan Kamal Adli , Ustaz Wan Halim Jelaskan Sah Jika Cukup Rukun

by Puteri Alia
October 23, 2025
Share on Facebook

Bagi meleraikan kekeliruan yang timbul susulan isu pernikahan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli, pendakwah bebas, Ustaz Wan Halim Md. Yusoff tampil menjelaskan bahawa sesuatu perkahwinan dianggap sah apabila memenuhi lima rukun nikah yang telah ditetapkan oleh syarak. Menurutnya, rukun nikah yang wajib dipenuhi ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, dua orang saksi lelaki yang beragama Islam, baligh dan berakal, serta ijab dan qabul yang sah.

Jelas beliau, selain aspek hukum, pasangan pengantin juga perlu memastikan urusan pentadbiran perkahwinan dilakukan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

“Satu lagi perlu dilihat dari sudut pentadbiran undang-undang yang berkuat kuasa dengan mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Negeri. Kalau dapat kebenaran bernikah, maka nikahnya sah sahaja,” katanya ketika sesi perkongsian dalam sebuah rancangan radio.

Ustaz Wan Halim turut menasihati pasangan agar menyemak semula setiap dokumen pernikahan, termasuk sijil dan kad nikah, bagi mengelakkan kekeliruan seperti yang tular baru-baru ini. “Kalau boleh, kita kena lihat dulu sijil tersebut dari sudut tarikh yang tercatat dan buat ‘cross-check’. Jabatan agama juga perlu membetulkan tarikh pendaftaran dan merujuk kepada saksi majlis pernikahan,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berpendapat bahawa insiden melibatkan kesilapan tarikh sepatutnya tidak berlaku kerana lazimnya pihak penolong pendaftar nikah cerai rujuk (TPNCR) akan melengkapkan semua butiran rasmi sejurus selepas akad nikah berlangsung.

“Perkara ini sebenarnya tidak akan berlaku kerana TPNCR akan menulis tempat serta masa perkahwinan selepas angkat nikah dijalankan. Jika ada perubahan tarikh pada awal permohonan, satu borang baharu akan diisi, tetapi hanya selepas akad nikah selesai,” jelasnya.

Penjelasan itu hadir selepas isu pernikahan Uqasha dan Kamal kembali menjadi perbualan hangat apabila pelakon wanita berkenaan mendakwa terdapat kekeliruan tarikh nikah yang tidak dimaklumkan kepadanya. Perkongsian tersebut dibuat di Instagram selepas beliau hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pertama kes permohonan perceraian terhadap suaminya, Kamal Adli.

Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-"Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan.."

Namun, hantaran yang mengundang pelbagai reaksi netizen itu telah dipadamkan beberapa jam kemudian. Mahkamah menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh baharu prosiding perceraian selepas Kamal, 39, tidak hadir dengan alasan sedang menjalani penggambaran.

kamal adliuqasha senrose
https://lomp.at/hh11j
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ojenn Aiwahhh Kesal Dengan Sikap Netizen Beri Komen Persoal Lelaki Berperwatakan Lembut

by Naddy Joe
February 13, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal Ojenn Aiwahhh meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal lelaki berperwatakan lembut. "Lauk masyaAllah...

Read moreDetails
Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara