Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Vaksin Di Ipoh : Eina Azman Mohon Maaf, Jelas Sebab Padam ‘Posting’ Di Instagram

Jelasnya, dia enggan membuatkan isu tersebut berpanjangan

by Khai Azfar
May 28, 2021
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara Datin Paduka Eina Azman akhirnya ‘membuka mulut’ mengenai isu memotong giliran serta mendapatkan vaksin di sebuah hospital kerajaan di Ipoh, Perak.

Eina Mohon Maaf 

Menerusi hantaran di laman Instagram nya, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman terlebih dahulu memohon maaf sekiranya perkongsiannya sebelum ini telah mencetuskan kontroversi. Akui Eina,dia sememangnya mempunyai masalah kesihatan namun tidak boleh dikongsi kepada umum kerana menganggap ia terlalu peribadi.

“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak.

“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.

“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja, ” tulisnya

Padam Posting Untuk Elak Isu Berpanjangan 

Jelas Eina, tujuan dia memadam foto dirinya selesai menerima vaksin adalah kerana ingin mengelakkan isu tersebut berpanjangan memandangkan ia sudah tular di media sosial.

“Justeru itu, saya memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada bertambah rumit”

“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham. Assalamualaikum..” kongsi Eina

Pada Rabu, Murai.my melaporkan pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak yang diwakili pengarahnya menerusi sebuah kenyataan tampil menjelaskan perkara yang sebenar.

Netizen Kutuk Wajah Suami, Ini Respons Eina Azman- "Saya Geram!"

Menurut Pengarah Hospital, Dr Abdul Malek Osman, Eina dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah menerima suntikan vaksin kerana tergolong dalam golongan berisiko tinggi seperti yang disarankan oleh doktor pakar yang merawat mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datin paduka eina azmanEina Azman rentas negerieina azman vaksin
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara