Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Ada Sebab Kenapa Izara Aishah Terpaksa Suruh Aliff Syukri ‘Behave’

Menerusi satu posting, Izara berseloroh menyatakan Aliff “terpilih” untuk bekerja dengan seorang wanita yang sangat cerewet.

by Phic ARMAN
December 17, 2025
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebut nama Izara Aishah, ramai sudah tahu pelakon jelita ini memang terkenal dengan sikap teliti dan cukup mementingkan kualiti. Terbaharu, Izara mencuri perhatian apabila bekerjasama dengan usahawan sensasi, Dato’ Seri Aliff Syukri dalam mempromosikan beg tangan jenama AS. Namun, di sebalik kolaborasi tersebut, rupa-rupanya ada cerita menarik yang dikongsikan sendiri oleh Izara di media sosial.

Menerusi satu posting, Izara berseloroh menyatakan Aliff “terpilih” untuk bekerja dengan seorang wanita yang sangat cerewet. Malah, semua beg tangan yang dipromosikan dipilih sendiri olehnya demi memastikan kualiti dan cita rasa menepati standard yang diinginkan. Izara turut berharap peminat dan pembeli akan menyukai pilihan yang telah dibuat dengan penuh teliti itu.

“Jadi Dato’ Seri Aliff Syukri memilih untuk bekerja dengan wanita yang sangat cerewet ini. Saya pilih sendiri beg-beg ini dan harap anda semua sukakannya,” tulis Izara.

VIA TikTok

Lebih mencuit hati, Izara secara terbuka mengakui dia sampai “menyuruh” Dato’ Seri Aliff Syukri supaya berkelakuan dan menjadi diri sebenar ketika sesi penggambaran. Katanya, beliau mahu menampilkan sisi serius dan maskulin Aliff di hadapan kamera, bukan versi yang biasa dilihat ramai di media sosial. Hasilnya, menurut Izara, itulah wajah sebenar Aliff yang jarang dipamerkan.

“Punya cerewet sampai ke Dato pun saya suruh beliau berkelakuan dan jadi diri sebenar semasa sesi penggambaran. Saya beritahu Dato untuk tunjukkan karakter sebenar beliau yang serius dan maskulin di luar kamera. Inilah Dato’ Seri Aliff Syukri,” jelasnya.

Dalam nada jujur dan profesional, Izara turut mengakui dirinya seorang yang perfectionist. Bukan mudah untuk bekerja dengannya kerana dia melakukan setiap perkara dengan sepenuh hati, tanpa kompromi. Namun, itulah “harga” yang perlu dibayar apabila namanya terlibat dalam sesuatu projek. Baginya, yang paling penting adalah memberikan yang terbaik kepada para pembeli, lebih-lebih lagi apabila reputasi dan namanya sendiri menjadi taruhan.

Sepupu Kena 'Face Shaming', Izara Aishah Beri Amaran- "Saya Tak Tolak Ansur Dengan Sikap Kurang Ajar"

Kolaborasi ini bukan sahaja memperlihatkan sisi profesional Izara Aishah, malah membuktikan walaupun bergandingan dengan figura yang penuh karakter seperti Dato’ Seri Aliff Syukri, prinsip dan standard tetap tidak diketepikan. Bak kata orang, cerewet itu perlu, asalkan hasilnya memuaskan hati semua.

izara aishah
https://lomp.at/kgo54
Share18Tweet11SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
LifeXplore

Panggilan Telefon Tak Dijawab, Kesunyian Anna Jobling Undang Sebak Dalam Iklan Raya PETRA

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Setiap kali Ramadan menjengah dan Syawal semakin hampir, iklan raya sering hadir dengan kisah yang menyentuh jiwa. Namun tahun ini,...

Read moreDetails
Bisnes

Gandakan Kebaikan Pada Ramadan Ini Dengan Inisiatif Berskala Besar Di Seluruh Negara

by Naddy Joe
March 1, 2026

Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk berkongsi dan berbuat baik saat rakyat Malaysia saling membantu, berkongsi rezeki dan menghulurkan sokongan kepada...

Read moreDetails
LifeXplore

Dr Izzar Kongsi Cara Paling Cepat Untuk Kurus, Ramai Berfikir Dua Kali

by Phic ARMAN
March 4, 2026

Nama Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani bukan asing lagi dalam dunia media sosial. Selain dikenali sebagai doktor perubatan dan...

Read moreDetails
Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara