• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita

Jaclyn Victor Hadir Dengan Single Terbaharu, Bakal Pukau Peminat Dengan Konsert Solo Oktober Ini!

by Naddy Joe
August 29, 2024
Share on Facebook

Menuju hari bersejarah Jaclyn Victor First Solo Concert yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober depan, penyanyi berprolifik tinggi yang mesra disapa Jac hadir dengan cenderahati istimewa.

Sisi Berbeza Menerusi ‘Sesal Tak Bermakna’

Sesal Tak Bermakna — inilah cenderahati istimewa yang tidak sabar diperdengarkan Jac kepada semua peminat dan pemerhati muzik tempatan. Dihasilkan Gerald Sellan dan Mux Ryzor selaku penerbit, Sesal Tak Bermakna turut menerima gabungan idea Adrian Puan bersama Gerald sebagai komposer. ‘Bertemu’ peminat pada 23 Ogos 2024.
Meski mengangkat judul Sesal Tak Bermakna yang secara kasarnya akan dikaitkan dengan penyesalan terhadap perbuatan lampau, penyanyi yang terkenal mencapai notasi tinggi dalam nyanyiannya ini bagaimanapun melihat ia daripada sisi berbeza.

Jac, 45, juga mahu peminat melihat sisi berbeza dirinya selepas lebih dua dekad berlayar dan mengharungi gelombang arus muzik menerusi Sesal Tak Bermakna yang bernuansa gelap berbanding hit miliknya seperti Gemilang atau Kejutkan Aku.

“Mungkin bunyi Sesal Tak Bermakna seperti satu penyesalan terhadap perbuatan yang telah dilakukan tapi Sesal Tak Bermakna versi single kedua saya ini adalah bagaimana seseorang belajar di sebalik sesuatu yang berlaku dan berusaha menjadi lebih baik pada masa hadapan,” ujar Jac.

View this post on Instagram

A post shared by JACLYN VICTOR (@jaclyn_victor)

Seiring lahirnya Sesal Tak Bermakna di pasaran, Jac juga teruja menyambut ribuan peminat untuk merayakan ulang tahun ke-20nya sebagai anak seni di Jaclyn Victor First.

Di pentas Zepp KL pada 12 Oktober 2024, Sesal Tak Bermakna akan disampaikan bersama lagu-lagu lain yang telah mengharumkan nama Jac bukan sekadar ‘gadis pemenang program realiti televisyen’ sebaliknya permata seni yang patut dibanggakan.

Untuk menyaksikan Jaclyn Victor First Solo Concert, jangan terlepas mendapatkan tiket berharga RM258 sehingga RM888 sudah mula dijual di www.livepass.asia.

jaclyn victor
https://lomp.at/hutdf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Anak Siti Nurhaliza Dengar Seperti Pangilan Suara Ketika Maghrib – Netizen Meremang Tengok Video Ini!

by Aphit J.
October 4, 2025

Dalam satu perkongsian video di InstaStory, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan satu detik mengejutkan yang melibatkan anak...

Read more
Lokal

Foto Hospital Tanjung Rambutan Di Instagram Malique Cetus Spekulasi Liar Peminat

Tiada angin tiada ribut, nama penyanyi dan komposer legenda, Malique Ibrahim, kembali menjadi bualan hangat apabila dia memuat naik foto...

Read more
by Puteri Alia
November 13, 2025
Lokal

[VIDEO] Norlia Ghani Sound Individu Yang Mengatakan ‘Mak Jah Telah Meninggal’-“Dia Sihat Lagi Oii”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan pelakon veteran iaitu Mak Jah yang menjawab persoalan netizen dengan mengatakan bahawa dirinya...

Read more
by Noah Ab
November 20, 2025
Lokal

“Saya Tak Beradab, Saya Mohon Maaf” – Nadzmi Adhwa Akui Silap Persoal Petugas Klinik Tengah Rehat

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil memohon maaf secara terbuka selepas tindakannya mempersoalkan ketiadaan petugas kaunter di sebuah klinik kesihatan tanpa menyiasat...

Read more
by Puteri Alia
November 7, 2025
Lokal

[VIDEO] Sweet Qismina Ada Sebab Tersendiri Kenapa Tidak Sebut Nama Suami Ketika Ambil Anugerah…

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Sweet Qismina yang memberitahu mengapa beliau tidak menyebut nama suaminya ketika menerima dua...

Read more
by Noah Ab
November 17, 2025
Lokal

Shukri Yahaya Tenang Isteri Dikecam, Anggap Hanya 10 Peratus Pertikai Pakaian Sukan Muslimah

Pelakon popular, Shukri Yahaya memilih untuk tidak melayan kutukan segelintir netizen yang mempertikai pakaian sukan Muslimah rekaan isterinya, Tya Adnan....

Read more
by Puteri Alia
September 29, 2025
Lokal

[VIDEO] Ernie Zakri Kongsi Cerita Bagaimana Amira Othman Mintanya Jadi ‘Dulang Girls’

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan bagaimana Amira Othman memintanya menjadi pembawa dulang semasa majlis nikah. Ernie Zakri juga...

Read more
by Noah Ab
September 17, 2025
Foto - @5harukhan (IG)
Bollywood

Apabila Aktres Comel Ini Akui Tampar SRK Di Set Filem ‘Josh’ Kerana…

Bekas aktres Bollywood, Priya Gill pernah throwback salah satu momen paling janggal dalam kerjayanya iaitu semasa bekerjasama dengan Shah Rukh...

Read more
by Nurul A.
November 13, 2025
Lokal

Sebak! Zaquan Adha Kongsi Momen Saat Akhir Anak Bongsu Buat Ramai Sedih

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, sekali lagi mengundang sebak dalam kalangan peminat apabila berkongsi momen penuh...

Read more
by Aphit J.
October 26, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video...

Read more
by Noah Ab
October 14, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore