Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Jadi Pilihan Selebriti Terkenal, CEO Megaklinik Zahran Raih Anugerah

by Zaidin Albert
July 22, 2022
Share on Facebook

Sebelum ini Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) menjadi sebutan orang ramai selepas ramai golongan berpengaruh termasuklah selebriti tempatan mendapatkan rawatan di sini. Antaranya seperti penyanyi Datuk Aishah yang pernah diserang COVID-19 dan mendapatkan perkhidmatan klinik mobil dari Megaklinik Zahran (KMZ). Selain itu KMZ juga pernah membantu keluarga Shuib Sepahtu yang terkena COVID-19 menerusi klinik mobil mereka.

Klinik Mobil membantu keluarga Shuib Sepahtu yang terkena COVID-19
Klinik Mobil untuk penyanyi Aishah yang diserang COVID-19

Disifatkan antara jenama ‘penting’ di era pandemik lalu, pembabitan golongan terkenal termasuk artis menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar selain rezeki mudah buat jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.

Kini Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) terus terbang tinggi. Tanggal 21 Julai lalu, klinik itu menerusi pucuk pimpinannya, Datuk Mohd Nafidz Haji Abdul Razak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) meraih gelaran Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022 berlangsung di Hotel Royale Chulan, KL.

Anugerah terbaharu itu terus menjadi aspirasi buat Mohd Nafidz untuk memacu dan memimpin KMZ lebih dinamik lagi terutama dalam membantu masyarakat peka terhadap penjagaan kesihatan diri. Bertapak sejak tahun 2013, cawangan klinik itu bercambah pesat dari satu cawangan ke cawangan lain. Hingga kini, sudah 24 cawangan dibuka menjelang 2022 yang berperanan sebagai ejen perantara kepada masyarakat.

Seterusnya ia dijangka genap menjadi 50 cawangan pada 2025 ini.

“Selepas kita bergelut dan masih dihantui dengan COVID-19, dunia termasuk Malaysia sendiri didatangi dengan penularan virus penyakit lain pula termasuk Influenza, denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta demam viral serta macam-macam lagi.

“Justeru usaha kami untuk berjuang dan sama-sama melawan penyakit tidak terduga di samping masyarakat ini tidak akan pernah ternoktah. Kita hanya mampu berusaha dan memanjangkan ikhtiar semoga kesembuhan menyebelahi diri,” kata Mohd Nafidz.

Mohd Nafidz juga berharap impian dan cita-cita menterjemahkan KMZ atas paksi amal dan kemanusiaan juga dapat direalisasikan kelak.

“Besar harapan saya untuk membuka klinik percuma kepada golongan miskin dan asnaf suatu hari nanti. Ini juga cara kami memberi semula kenikmatan diperoleh kepada mereka yang tidak bernasib baik.

“Saya percaya proses memberi semula kenikmatan diperolehi ini membawa keberkatan seperti mana kita berkongsi rezeki atau bersedekah. Moga impian ini akan lekas jadi kenyataan,” katanya.

Terdahulu, sekitar Februari lalu, KMZ meraih kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’
kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022. Kejayaan demi kejayaan diperolehi menjadi penanda aras baru dalam iltizam dan perjuanga sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.

KMZ beribu pejabat di Bandar Baru Bangi Selangor. Selain Mohd Nafidz, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran & Pengkomersilan jenama itu juga dilihat antara ‘ejen’ penting KMZ yang kerap berkongsi kesedaran, input dan info terutama mengenai COVID-19.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Megaklinik Zahran
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara