Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Jalaluddin Hassan Dan Isteri Berseri Di Hari Pernikahan Mereka

by Khai Azfar
November 12, 2017
Share on Facebook

Tahniah murai.my ucapkan buat pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang selamat bernikah dengan wanita pilihannya,Rapidah Abd Ghani, 44 hari ini.

Bernikah Dengan Adik Kawan Baik

Pasangan ini sah disatukan sebagai suami-isteri pada pukul 10.55 pagi dalam upacara akad nikah serba ringkas yang dihadiri kawan rapat dan ahli keluarga di Masjid Bandar Tun Hussien Onn di sini.

Sebelum ini, murai.my pernah membawa kisah menarik mengenai Jalaluddin dan isterinya ini apabila wanita yang berjaya menawan hatinya adalah adik kepada kawan baiknya sendiri. Malah Jalaluddin dan Rapidah dinikahkan oleh abang kepada pengantin perempuan iaitu Lokman Abd Ghani yang juga penggiat teater dan pengarah dihadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussien Onn iaitu Mohd Faisal Mohd Noor.

Tolak Tajaan, Hadiahkan Kerusi Urut Hantaran

Menariknya lagi mengenai pernikahan mereka, tidak seperti kelaziman hantaran iaitu bunga dan pelbagai hantaran, Jalaluddin memberi isterinya hantaran berupakan kerusi urut berharga RM 20,000 selain 4 hantaran lain dan pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

“Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah . Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat,”

Dalam sumber lain, Jalaluddin turut menolak pelawaan tajaan diberikan pelbagai pihak untuk majlis perkahwinannya bagi menghormati kenangan bersama arwah isterinya, Datin Hashimah Aksan.

“Saya lebih selesa untuk berkahwin dengan mengutamakan apa yang wajib saja kerana saya berpisah dengan isteri pun bercerai mati. Jadi, saya tidak mahu majlis ini terlalu meriah,”

Apapun sekali lagi tahniah buat Jalaluddin Hassan dan Rapidah! Ternyata wajah isterinya itu begitu berseri dan ramai yang memuji kecantikannya.

Gambar Berita Harian 

datuk jalaluddin hassan
https://lomp.at/qw9h2
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Rumah Lelong Di Semenyih Ini Dikaitkan Dengan Filem Seram ‘Ju On’. Kenapa?

by Phic ARMAN
February 6, 2026

MURAI terdiam seketika membaca satu perkongsian yang tular di Threads. Bukan kerana harga rumah yang menjunam drastik, tetapi kerana kisah...

Read moreDetails
Insentif

Dana DEWI Dibuka Khas Untuk Usahawan Wanita, Ini Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan

by Ayu Kamaruddin
March 10, 2026

Golongan usahawan wanita kini mempunyai peluang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan apabila kerajaan memperkenalkan Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI). Inisiatif...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] ‘Lelaki Bodoh Untuk Perempuan Yang Bodoh’- Ramai Selebriti Kecam Video Gadis Dipukul

by Phic ARMAN
February 17, 2026

Video tular memaparkan seorang remaja perempuan dikasari teman lelakinya di tepi jalan nyata mengundang rasa kurang senang ramai. Rakaman yang...

Read moreDetails
via imgaefx
Sosial Buzz

Deposit Sewa Kereta Didakwa Tidak Dipulangkan, Penyewa Luah Rasa Kecewa

by Naja Nix
February 16, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perhatian apabila seorang individu mendakwa deposit sewaan kereta miliknya berjumlah RM1,300 masih belum...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara