Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“‘Nama Pertama Saya Fikirkan…’- Ummi Nazeera Luah Rasa Terkilan Pemergian Jalil Hamid

by Phic ARMAN
May 4, 2026
73
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemergian seorang figura seni sememangnya meninggalkan kesan mendalam, apatah lagi buat mereka yang pernah berkongsi set dan kenangan. Itulah yang dirasai pelakon dan kini pengarah, Ummi Nazeera apabila menerima khabar duka tentang pemergian pelakon veteran, Jalil Hamid.

Dalam satu luahan penuh emosi di Threads, Ummi tidak berselindung menyatakan bahawa Allahyarham merupakan antara pelakon yang cukup dikaguminya. Lebih menyentuh hati, Ummi berkongsi bagaimana nama Jalil adalah antara yang pertama terlintas di fikirannya ketika ditawarkan untuk mengarah sebuah telemovie baru-baru ini.

“Beberapa minggu lepas, saya menerima tawaran untuk mengarah sebuah telemovie. Antara nama pertama yang terlintas di fikiran saya untuk memegang watak ayah ialah Jalil Hamid. Namun, disebabkan kekangan jadual, saya tidak dapat memberikan komitmen kepada naskhah tersebut,” tulisnya, seakan-akan terkilan peluang itu tidak kesampaian.

Namun di sebalik rasa hiba, Ummi tetap bersyukur kerana pernah diberi peluang bekerja bersama arwah sebelum ini, terutamanya menerusi filem Bisik Pada Langit. Baginya, pengalaman melakonkan watak sebagai anak kepada Jalil dalam naskhah tersebut menjadi kenangan yang tidak ternilai.

“Bersyukur Allah memberi peluang untuk saya berlakon sebagai anaknya dalam Bisik Pada Langit beberapa tahun lalu… satu kenangan yang akan saya simpan selamanya,” kongsinya lagi, disusuli doa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Berita pemergian insan seni serba boleh itu turut disahkan sendiri oleh anaknya, Afiqah Jalil ketika dihubungi media. Menurut Afiqah, bapanya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang di rumah sekitar jam 12.30 tengah hari. Untuk rekod, Jalil atau nama penuhnya Abdul Jalil Abdul Hamid, 69, bukan sekadar pelakon, malah turut dikenali sebagai penyanyi, pelawak, pengarah, penerbit dan pengacara sejak mula menceburi dunia seni pada tahun 1984.

Topik Berkaitan Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

Pemergian ini jelas satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air. Dan seperti yang diluahkan Ummi, ada kenangan yang mungkin singkat, tetapi kekal selamanya di hati.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bisik Pada Langitjalil hamidummi nazeera
Share29Tweet18SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
pu riz, anjing, haris ismail
Spotlight

Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

by Nurul A.
September 11, 2026

Pendakwah bebas PU Riz, atau nama sebenarnya Haris Ismail kembali menjadi bualan ramai selepas menyuarakan pendapat peribadinya mengenai pemeliharaan anjing...

Read moreDetails
Spotlight

Belum Tayang Di Malaysia! Areel Abu Bakar Bawa Filem ABANG Ke Barcelona

by Phic ARMAN
October 26, 2026

“Saya percaya kita tidak perlu kehilangan identiti sendiri untuk diterima di peringkat antarabangsa.” Itu antara perkara yang ditekankan pengarah Areel...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
Foto - @mtv (IG)
Korea

Kalahkan Ariana, Olivia Hingga Taylor Swift, BLACKPINK Lisa Dituduh “Beli” Anugerah VMA

by Nurul A.
October 1, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah memperoleh kemenangan besar untuk kerjaya solonya di MTV Video Music Awards (VMA) 2026. Kemenangannya itu...

Read moreDetails
Anak tiri Raja Norway
Spotlight

Rogol & Serang Bekas Kekasih, Anak Tiri Raja Norway Kini Jalani Tahanan

by Nurul A.
October 6, 2026

Anak tiri Raja Norway, Marius Borg Høiby masih belum dipenjarakan walaupun telah dijatuhkan hukuman empat tahun atas kesalahan merogol dan...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Miss World, Miss World Paraguay
Spotlight

[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi

by Nurul A.
September 8, 2026

Walaupun Miss World 2026 sudah pun berakhir, namun drama yang berlaku di acara akhir pentas berprestij itu masih lagi menjadi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara