Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Kelima Di Usia 62 Tahun!

Jamal merancang agar isterinya dapat melahirkan anak mereka pada 12 Disember

by Khai Azfar
August 18, 2021
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Khabar gembira telah dikongsi Raja Pop tanah air,Datuk Jamal Abdillah apabila penyanyi lagenda ini mengumumkan isterinya, Datin Zai Izzati kini sedang hamil 3 bulan.

Timang Cahaya Mata Kelima Di Usia 62 Tahun 

Via Instagram @zaiizatti17_

Seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali,62 bakal menimang cahaya mata kelima nya tidak lama lagi. Bersyukur atas kurniaan itu, Jamal menyifatkannya sebagai rezeki buat dirinya dan isteri.

“Kehadiran anak adalah rezeki. Saya sangat bersyukur kerana Allah terus mengurniakan rezeki anak buat saya dan isteri,” katanya pada portal berita tersebut

Mahu Anak Perempuan 

Menurut Jamal,sekiranya diizinkan dia dan isteri mengharapkan agar mendapat seorang lagi anak perempuan selepas kelahiran cahaya sulung mereka dua tahun lalu. Difahamkan, Jamal merancang agar isterinya dapat melahirkan anak mereka pada 12 Disember kelak sebagai simbolik tarikh yang mudah diingati sama seperti dua anak mereka yang lain, Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019 dan El Issac Yamani yang diputerakan pada pada 11.11.2020.

“Kalau Allah beri rezeki anak perempuan tentu sekali kami sangat gembira. Saya juga merancang anak kelima lahir pada 12 Disember 2021,” tambahnya

Sebagai info, Jamal dan Izzati telah mendirikan rumahtangga pada 1 April 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 2, dan El Issac Yamani yang berusia sembilan bulan. Jamal juga mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu,Osama Yamani, 19, dan Ahmad Zaki Yamani,14

Konsert Legasi P. Ramlee: Menghidupkan Kembali Aura Seni Ikonik
anak jamal abdillahDatuk Jamal Abdillahisteri jamal abdillah
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem