Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Janda Baik Pahang Banjir Lagi” – Fizz Fairuz Usaha Beri Bantuan, Netizen Persoal Kerap Banjir

Penduduk Janda Baik, Pahang diuji dengan banjir deras pagi ini

by Puteri Alia
May 11, 2022
via Instagram Fizz Fairuz/Twitter

via Instagram Fizz Fairuz/Twitter

Share on Facebook

Pagi ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kejadian banjir di Janda Baik, Pahang yang berlaku sekitar jam 5 pagi tadi.

Hal itu tular dan menjadi bualan hangat di media sosial, di mana kawasan tersebut sekali lagi ditenggelami banjir selepas fenomena kepala air luar biasa yang berlaku pada 18 Disember lalu.

Fizz Fairuz Usaha Beri Bantuan

Isu banjir yang berlaku secara mengejut ini mendapat perhatian orang ramai termasuklah selebriti tempatan, Datuk Fizz Fairuz.

Melihat perkongsian pelakon kelahiran Raub itu di Instagramnya, Fizz menitipkan doa dan mengatakan akan cuba memberi bantuan secepat mungkin buat mereka yang terkesan akibat banjir.

“Perkabaran yang kurang menarik hari ni, Janda Baik, Pahang banjir lagi.. Jarang kita dengar Janda Baik banjir, sekarang ni agak kerap banjir.. Apa masalahnya? Insyallah kita cuba bantu secepat mungkin..” tulisnya.

via Instagram Fizz Fairuz

Reaksi Netizen

Melihat kejadian banjir menenggelami Janda Baik secara mengejut itu, ramai pengguna media sosial di Twitter berkongsi khabar berita tersebut di akaun media sosial masing-masing dan berharap pihak berwajib menghulurkan bantuan pantas di kawasan tersebut.

“Terkini: Jam 5 pagi tadi. Janda Baik di Pahang kembali ditenggelami banjir!”

“Janda Baik banjir lagi.. 5 pagi.. Sekarang air mula surut.. Satu kampung banjir”

“Mohon bantuan banjir semula ke Janda Baik. Naik air semula” ciap netizen

via Twitter

Meninjau reaksi orang ramai di Twitter, ramai yang berpendapat bahawa kejadian banjir yang berlaku pada hari ini lebih teruk berbanding akhir tahun lalu. Selain itu, netizen turut memberi kata-kata semangat buat penduduk Janda Baik agar tabah menghadapi ujian yang berlaku pada bulan Syawal ini.

“Janda Baik banjir lagi. Penduduk cakap lagi teruk dari banjir bulan 12”

“Allahu penduduk Janda Baik di uji dengan banjir.. Moga semua urusan dipermudahkan” ciap mereka

via Twitter

Dalam pada itu, ada juga pengguna Twitter yang mempersoalkan mengapa kawasan destinasi pelancongan popular tersebut kini kerap dilanda banjir.

“Kalau ikut pada pemilik video, 15 tahun duduk di Janda Baik belum pernah naik air sampai begini.”

“Teringin nak tahu apa pasal Janda Baik tahun ni kerap sangat banjir? kalau tak sampai setahun 2 3 kali banjir memang ada lah tu sesuatu tak kena” soal mereka

Sekadar info, pada Disember tahun lalu, Janda Baik dilanda banjir kepala air yang luar biasa sehingga menenggelami perkampungan di situ selain mengakibatkan banyak kerosakan serta kerugian berlaku.

[VIDEO] Ramai Terpersona Dengan Tengku Hassanal Di MARA LASAK PAHANG 2025
banjirFizz Fairuzjanda baikpahang
https://lomp.at/pmpn2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore