• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Jangan Beriya-riya’- Ustaz Amin Tak ‘Judge’ Ebit Lew, Mendoakan Yang Terbaik

by Puteri Alia
September 29, 2021
Foto - Instagram @ustazamin

Foto - Instagram @ustazamin

Share on Facebook

Kontorversi terpalit pada Ebit Lew semakin hangat diperkatakan, pelbagai spekulasi dan pandangan berbelah bahagi mengenai isu sensitif ini termasuklah golongan agamawan.

Sahabat Ebit Lew Mendoakan Yang Terbaik

Terkini sahabat kepada Ebit Lew iaitu ustaz Amin atau nama sebenarnya Muhamad Abdullah, berkongsi pandangan di akaun Instagramnya.

Menurut ustaz Amin dirinya tidak menghakimi Ebit Lew sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk pendakwah tersebut.

Foto – Instagram @ustazamin

“Hai la sahabat, apa khabar mu..

jika apa yang diperkata betul, semoga Allah memperbaiki diri mu dan memperbaiki akhlak semua orang yang mengatamu.

Jika ia pembohongan semoga Allah merahmatimu dan menggantikan perkara yang lebih baik buatmu.

Jika nanti kau di syurga dan aku tiada carilah aku untuk ke sana, dan jika aku di tempat yang baik dan kau tiada aku berjanji akan mencarimu. Jika kita berdua tiada di sana, semoga guru-guru kita dan orang-orang yang soleh yang kita kenal mencari kita. Amin ya Rabb..”

Ustaz Amin Beri Teguran Jangan Terlalu Beriya-Iya

Dalam masa yang sama ustaz Amin juga menegur kepada orang ramai agar tidak bersikap keterlaluan dalam mencari bukti, serta menasihati agar masyarakat dapat membiarkan pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.

Foto – Instagram @ustazamin

“Untuk semua, bagi yang sedang mencari bukti, jangan sampai keterlaluan menyebarkan pada yang tidak berkenaan. Bagi yang diluar, doakan dan jangan beriya-iya. Biarkan yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka.

Kerana kita risau jika terlalu melampau dan beriya-iya dalam menyebarkan keaiban, akan menyebabkan satu hari nanti Allah tidak menjaga dan memelihara keaiban kita pula.

Yang penting semua sekali memperbaiki diri kerana sesungguhnya Allah tidak melihat di mana kita bermula tetapi Allah melihat di mana penghujung kita. Jika penghujung itu baik maka penghujung itulah yang akan dinilai oleh Allah…

Tenang-tenang saja lah.”

Netizen Setuju Dengan Nasihat ‘Deep’ Ustaz Amin

Membaca mesej daripada ustaz Amin itu, rata-rata ramai yang bersetuju dengan nasihat makan dalam pendakwah tersebut.

Foto – Instagram @ustazamin

“Well said ustaz… Lama saya tunggu ustaz ulas. Akhirnya seperti dijangka.. Penuh hikmah kata-kata ustaz. Semoga Allah merahmati kita semua..”

“Terima kasih kerana memperingatkan kami ustaz.. Well said indeed.”

“Nasihat yang baik.. Terima kasih ustaz.”

“Respect.. Penulisan yang halus dan berkesan”

“Alhamdulillah… Terima kasih ustaz untuk nasihat yang membuka minda.. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah..”

Bak kata warganet kata-kata yang penuh hikmah dan punya mesej mendalam, tapi apa yang diperkata ada betulnya biarkan pihak bertanggungjawab menjalankan tugas mereka bagi menyiasat kontroversi ini.

Ebit Lewustaz amin
https://lomp.at/ag2gb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore