• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Jangan Lupa Melaram Sakan Raya Kali Ini Dengan 4 Koleksi Baru Poplook Raya 2023!

by Soph Azz
March 20, 2023
Foto - Poplook

Foto - Poplook

Share on Facebook

Poplook melancarkan empat koleksi terbaru sempena Poplook Raya 2023!

Walaupun masih lagi awal dan bulan Ramadan baru nak menjelma. Miss Murai cadangkan untuk kamu mula-mula lihat dan mencari baju raya yang sesuai dan menepati citarasa kamu.

Sekiranya keliru dan tak tahu nak mula daripada mana, apa kata kamu mula intai koleksi terbaru Poplook Raya 2023. Daripada Bintang, Manis, Kara dan Madura; koleksi-koleksi ini menampilkan gaya yang klasik inspirasi batik Indonesia dan jubin Turkiye , ekstravangza serta glam di pagi Syawal.

Psst… Untuk mak-mak yang mencari pakaian sedondon dengan anak perempuan, setiap koleksi ini ada pakaian kanak-kanak yang berusia 1-12 tahun tau!

BINTANG 

Sekiranya kamu nak nampak bergaya glam di pagi Syawal atau sukakan pakaian yang bertekstur, cetakan, kilauan, trim halus dan pelbagai saiz (XS-4XL); koleksi ini adalah pilihan terbaik kamu!

Foto – Poplook

Koleksi ini menampilkan manik tangan pada kain chiffon jacquard drapey. Ditambah pula dengan kristal dan mutiara yang banyak menjadikan kamu lebih glam daripada yang lain.

Foto – Poplook

Mengenai warna pakaian pula kamu jangan risau kerana koleksi Bintang ini dikeluarkan dalam warna hijau tua, fuchsia, ungu, mentega kuning, coklat hingga ke kelabu!

MANIS 

Koleksi Manis yang menampilkan gabungan klasik dan sentuhan moden ini pula dibuat dalam fabrik kapas dan viscose, menjadikannya sebuah pakaian yang sangat selesa. Sesuai untuk wanita yang mempunyai sisi feminin, kamu boleh dapatkan baju raya koleksi ini dalam beberapa pilihan warna seperti peach, kuning, ungu, nude, biru, merah jambu hingga ke hijau muda.

Foto – Poplook

Yang menariknya tentang koleksi Manis ini, kamu boleh nampak setiap butiran istimewanya seperti Appliques 3D, renda kelopak mata dan sulaman yang rumit.

Foto – Poplook

KARA 

Diilhamkan oleh jubin antik Turkiye, koleksI Kara menampilkan cetakan motif bunga yang diulang-ulang secara halus. Cetakannya dipertingkatkan lagi menerusi siluet berkotak dengan menggunakan fabrik yang sangat lembut.

Foto – Poplook

Koleksi Kara ini juga menampilkan pilihan warna pastel seperti merah jambu, kuning air dan kelabu. Tak dilupakan juga pilihan warna yang terang seperti navy blue untuk mereka yang sukakan rona yang lebih berani.

Foto – Poplook

MADURA

Akhir sekali, koleksi Madura ini menampilkan inspirasi daripada batik klasik Indonesia. Untuk pengetahuan kamu, rekaan koleksi ini menggabungkan cetakan batik motif bunga dan geometri yang dihasilkan 100% fabrik viscose.

Foto – Poplook

Menariknya, Poplook telah bekerjasama dengan penghasil Batik terbaik Indonesia untuk menghasilkan koleksi ini. Setiap reka bentuk dari motif hingga warna telah dipilih dengan teliti.

Foto – Poplook

Setiap reka bentuk cetakan dicelup dalam kelompok kecil, menjadikan setiap bahagian unik dan istimewa. Bagi pilihan warna pula, kamu boleh dapatkan koleksi ini dalam rona, merah jambu, lavender, ungu, coklat, peach dan mustard.

Dapatkan setiap pakaian daripada koleksi ini di web Poplook, aplikasi dan kedai fizikalnya sekarang!

koleksi poplook rayapoplookpoplook raya 2023
https://lomp.at/cf6tq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Foto - MStar
Fesyen

8 Lubuk Baju Raya Sekitar KL & Selangor Untuk Kamu Yang Suka Shopping Last Minute!

by Soph Azz
April 14, 2023

Walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi nak sambut bulan Syawal, masih ada di kalangan kita yang belum lakukan persiapan raya....

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Kesihatan

6 Jenis Benjolan Yang Boleh Muncul Di Sekitar Faraj, Bahaya Ke Kalau Tiba-Tiba Ada?

by Soph Azz
February 9, 2024

Pernah tak ketika kamu hendak mencuci atau tukar seluar dalam, sekitar faraj kamu seperti ada benjolan yang pelik? Kalau kamu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore