• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Jangan Makan Seorang Diri’- Ustazah Asma Harun Jelas Kenapa Penting Makan Bersama Keluarga

Pendakwah terkenal dedah banyak manfaat makan beramai-ramai, bukan saja berkat malah mekarkan kasih sayang

by Puteri Alia
November 23, 2021
Foto - Instagram @ustazahasmaharun

Foto - Instagram @ustazahasmaharun

Share on Facebook

Penceramah dan pendakwah bebas tanah air, ustazah Asma Harun baru-baru ini ada berkongsi mengenai isu makan seorang diri.

Rasanya ramai keluarga di Malaysia, kini tidak lagi atau jarang duduk makan semeja bersama ahli keluarga dek kerana sibuk dengan gajet, permainan dan kerja masing-masing.

Rugi Abaikan Makan Bersama Keluarga

Isu yang dibangkitkan ustazah Asma kali ini membuka kembali mata hati orang ramai, betapa ruginya mengabaikan masa untuk bersama keluarga sewaktu makan. Dan suasana di dalam rumah juga menjadi beku kerana masing-masing buat hal sendiri.

Foto – Instagram @ustazahasmaharun

“AMATLAH RUGI MEREKA YANG MAKAN TAPI MENGABAIKAN PERKARA PENTING INI!

Hari ini, berapa ramai keluarga yang meja makan di rumahnya menjadi tempat yang sunyi. Anak-anak turun makan hanya apabila lapar kerana masing-masing sibuk dengan gajet dan ‘games’ mereka.

Ibu ayah pula selalu sibuk dengan kerja dan urusan seharian, sehingga tidak kisah pun jika tidak sempat meluangkan masa untuk makan bersama keluarga.

Suasan rumah sendiri seolah beku dan kaku. Masing-masing hanya buat hal sendiri, tidak peduli siapa sudah makan dan siapa yang belum. Meja makan yang seharusnya menjadi tempat berbual mesra dan bertukar cerita, kini seolah sepi tanpa suara.

Bayangkan jika ini berterusan, anak-anak akan terdiidk menjadi seorang yang hanya fikir tentang diri sendiri. Tiada lagi rasa kebersamaan antara ahli keluarga.

Allahuakbar.” Kongsinya

Banyak Manfaat Makan Bersama Keluarga

Ustazah Asma juga berkongsi banyak manfaat jika makan bersama ahli keluarga, antaranya dapat membina rasa kasih sayang, dan rezeki yang dikongsikan lebih diberkati. Malah pendakwah ini juga berkongsi sebuah hadis dari Rasulullah SAW yang menekankan kelebihan makan bersama-sama.

Foto – Instagram @ustazahasmaharun

“Daripada Wahsyi bin Harb, daripada ayahnya, daripada datuknya, beliau berkata:

أَنَّ أَصْحَابَ النَّبِيِّ، صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَأْكُلُ وَلَا

نَشْبَعُ، قَالَ: «فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ؟» قَالُوا: نَعَمْ، قَالَ: «فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ،

وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ»

Maksudnya: Para sahabat Nabi SAW berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan dan tidak merasa kenyang.” Baginda bersabda: “Kemungkinan kalian makan sendiri-sendiri.” Mereka menjawab, Ya. Baginda bersabda: “Hendaklah kamu makan bersama-sama, dan sebutlah nama Allah, maka kamu akan mendapat berkat daripadanya.” (HR Abu Daud, hadis Hasan)

Subhanallah.

Tidak kiralah makanan itu banyak atau sedikit, jika dinikmati beramai-ramai pasti ia terasa jauh lebih cukup disebabkan oleh nilai keberkatannya.

Sahabat, mari hidupkan budaya makan bersama ahli keluarga agar kasih sayang yang terbina lebih mekar dirasa. Semoga rezeki yang dikongsikan itu sentiasa diberkati oleh-Nya.” Kongsinya lagi

Jom hidupkan kembali makan beramai-ramai bersama keluarga!

"Saya Terharu & Rasa Dihargai"- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik
nasihatUstazah Asma Harun
https://lomp.at/g6r4x
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore