• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Jangan Terlepas 8 Tips Ini Untuk Persiapan Raya Anda!

by Jash Lee
May 16, 2020
Share on Facebook

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan kegembiraan dan kebahagiaan setelah sebulan berpuasa untuk dikongsi dengan keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Walaupun banyak dari kita menantikan perayaan yang menarik ini, ada juga persiapan yang mungkin anda ingin pertimbangkan untuk membantu anda mempersiapkan diri untuk majlis yang indah ini.

Hari Raya adalah masa yang istimewa bagi semua umat Islam untuk pulang dan bertemu semula dengan keluarga. Sekiranya anda cukup bernasib baik kerana dijemput ke rumah terbuka Hari Raya, anda pasti akan menikmati makanan yang lazat seperti rendang daging, lemang, ketupat dan sate yang sentiasa menjadi kegemaran sepanjang masa.

Tetapi sebelum anda merasa sangat teruja dengan perayaan makanan dan keseronokan bersama dengan yang tersayang, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda semak dan lakukan sebelum pulang ke kampung.

1) Bakar Sendiri Atau Beli Biskut Raya

via Rasa

Apa yang lebih menggembirakan daripada menjalin hubungan dengan keluarga, sanak saudara dan rakan adalah membakar biskut raya yang lazat atau boleh sahaja anda membelinya. Terdapat pelbagai jenis biskut yang berwarna-warni, sedap dan menyelerakan Oleh itu, pastikan anda telah menyediakan biskut yang lazat ini untuk dinikmati bersama yang tersayang.

2) Belajar Memasak Rendang Yang Menakjubkan!

via Culture Trip

Tingkatkan kemahiran memasak anda kerana anda harus menyediakan hidangan yang menakjubkan ini iaitu rendang! Kita pasti akan tergoda walaupun dengan hanya memikirkan menu ini. Bagi memastikan tetamu anda berasa gembira dan teruja dengan rendang anda yang luar biasa, maka siapkanlah resipi anda dan mulakan latihan memasak hari ini!

3) Bersihkan Rumah

via Casaindonesia.com

Selain meningkatkan suasana di rumah, pembersihan juga berperanan menjaga rumah yang bebas dari debu dan habuk agar lebih sihat. Pastikan setiap kawasan dan sudut rumah dibersihkan, potong rumput dan bersihkan longkang serta cabut semua pokok-pokok renek.

4) Hiaskan Rumah

via Cantik Tempo.Co

Hari Raya pasti akan lebih menggembirakan sekiranya rumah dihiasi dan dibersihkan kerana ia dapat menaikkan semangat tidak kira tuan rumah atau para tetamu yang berkunjung. Oleh itu, anda mungkin dapat mempertimbangkan untuk menggantikan langsir dan membeli Raya knick knacks (hiasan untuk lebaran) di pusat membeli belah yang terdekat.

5) Pergi Membeli Belah Untuk Pakaian Yang Hebat

via KL Foodie

Hari Raya adalah peluang untuk anda mempamerkan fesyen anda yang luar biasa hebat. Siapkan dompet anda dan pergi ke pusat membeli-belah untuk mendapatkan penampilan diri yang baru. Tapi perlulah ikut SOP ya, jangan keluar beramai-ramai!

Pastikan juga untuk menyiapkan kamera kerana dijangkakan anda pasti akan banyak ber-OOTD.

6) Sediakan ‘Duit Raya’

via Venko

Setiap tahun sepanjang bulan ramadhan, anda pasti dapat melihat kebanyakan bank akan sentiasa dipenuhi oleh umat Islam yang beratur panjang untuk menukar duit raya yang baru. Masukkan duit raya ke dalam sampul raya untuk diedarkan kepada anak-anak, keluarga dan rakan-rakan yang pasti akan membawakan senyuman kepada tetamu anda!

Namun pada tempoh PKPB ini, pasti ramai yang tak dapat pulang ke kampung berhari raya. Kami cadangkan anda siap-siap ambil akaun sanak saudara untuk diberikan duit secara dalam talian. Banyak aplikasi di telefon pintar anda yang menawarkan perkhidmatan bagi duit raya secara online, seperti Maybank, Hong Leong Bank, Touch N Go dan banyak lagi.

7) Mainkan Lagu-Lagu Hari Raya

via Twitter

Siapkan banyak senarai pilihan lagu raya untuk dinikmati setiap orang dan setiap saat bagi menaikkan lagi semangat sambutan Hari Raya.

8) Pastikan Rumah Anda Diperiksa Dari Serangga Perosak

via MyPestNews

Anda mungkin tidak menjangkakan tetamu yang tidak diundang ini akan beratur dan bersembunyi di rumah anda. Hanya menunggu masa untuk berpesta di hidangan anda nanti. Ini pasti akan menimbulkan kekacauan kepada tetamu anda.

Jadi, untuk tidak memberi kejutan kepada para tetamu anda nanti, apa kata anda cuba dapatkan perkhidmatan penghapus serangga bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada orang yang tersayang.

Semoga sambutan Hari Raya anda lebih sempurna dan meriah dengan persediaan yang lengkap.

harirayaaidilfitripersiapanraya
https://lomp.at/9sd7s
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore