Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Janji Mahu Hadiahkan Motor, Mika Singh Luah Rasa Kecewa Dengan SRK

by Soph Azz
July 9, 2025
Foto - @bollycelebrities_ (IG) / @iamsrk (IG)

Foto - @bollycelebrities_ (IG) / @iamsrk (IG)

Share on Facebook

Penyanyi dan pencipta lagu terkenal, Mika Singh baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya dengan bintang popular Bollywood, iaitu Shah Rukh Khan. Ujar Mika, Shah Rukh Khan (SRK) pernah menjanjikan motosikal untuknya, namum sehingga ke hari ini janjinya itu masih belum ditunaikan.

Dalam temu bualnya bersama PinkVilla, Mika mengimbau kembali ke masa ketika dia pertama kali bertemu dengan Shah Rukh Khan. Menggelar Shah Rukh Khan sebagai “salah seorang pelakon terbaik dan lelaki terbaik”, Mika menyatakan bahawa apabila dia bertemu dengannya, dia telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian.

View this post on Instagram

A post shared by IIFA Awards (@iifa)

Selain itu, Mika juga bercerita bagaimana Shah Rukh Khan pernah menghadiahkan motosikal kepada pelakon Abhishek Bachchan dan John Abraham. Tetapi dia belum menerimanya memandangkan Shah Rukh Khan pernah menjanjikan untuk menghadiahkannya sebuah.

“Walaupun saya telah menerima hadiah daripadanya sebelum ini, dia pernah berjanji untuk memberikan saya sebuah motosikal. Dia berjanji apabila dia memberikan motosikal kepada Abhishek Bachchan dan John Abraham. Kalau bukan motosikal, sekurang-kurangnya berikan saya basikal. Saya tentu gembira.”

View this post on Instagram

A post shared by Mika Singh (@mikasingh)

Tambah Mika, walaupun dia tidak mendapat motosikal tersebut, dia tetap menghargai hubungan rapatnya dengan Shah Rukh Khan. Dia pernah memberikan hadiah sebentuk cincin berlian bernilai Rs 50 lakh (RM247,606.05) kepada tiga individu iaitu Amitabh Bachchan, Gurdas Maan dan Shah Rukh Khan- yang menjadi orang pertama menerimanya.

“Keesokkan harinya, Shah Rukh Khan menghubungi saya dan meminta saya untuk mengambil hadiah itu semula kerana terlalu mahal baginya.”

View this post on Instagram

A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk)

Mika juga mendedahkan betapa baik dan pemurahnya Shah Rukh Khan. Ujarnya, Shah Rukh Khan tidak berkira dan sentiasa memberi hadiah kepadanya termasuklah permainan PS5.

“Malah PS5 di rumah saya adalah hadiah daripadanya (Shah Rukh Khan).”

Sejujurnya, jarang kita nak dengar berita kurang enak mengenai sikap Shah Rukh Khan terhadap rakan selebritinya. Apa kata kamu?

'King' Shah Rukh Khan Tiru Penampilan Brad Pitt Dalam 'F1: The Movie'?
Abhishek BachchanJohn Abrahammika singhshah rukh khanSRK
https://lomp.at/62w48
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara