Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Janna Nick Kongsi Rahsia Kebahagian, Akui Hidup Macam Kena ‘Control’ Dengan Dini Schatzmann

by Zaidin Albert
March 1, 2021
114
KONGSIAN
Share on Facebook

Romantis betul tengok pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann. Keserasian pasangan ini dapat dilihat menerusi beberapa buah drama yang dibintangi oleh mereka berdua. Antaranya, ‘Marry Me Senorita’, ‘Delen” dan banyak lagi.

Rata-rata peminat sudah mengetahui mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta. Namun sehingga hari ini belum dengar lagi mereka berdua merancang untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Walaubagaimanapun, di media sosial, pasangan ini terus menunjukkan aksi romantis menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik.

Terbaru, Janna berkongsi sebuah gambar bersama Dini dengan kapsyen yang menyentuh hati.

Janna berkata, pada awal perkenalan, mereka berdua sering bergaduh kerana salah faham. Dia akui, mereka berdua mempunyai karakter yang berbeza.

“Beza perangai kitaorang macam langit dengan bumi. Kontra ya amat. Awal awal perkenalan dulu, gaduh je lah sebab selalu salah faham dengan perangai masing-masing.
Dia OCD, aku jenis bersepah ( bersepah je la bukan pengotor ). Tutup pintu kereta kuat kuat kena marah, Makan dalam kereta tak boleh.”- tulisnya.

Tambahnya lagi, hal ini membuatkan dia merasa rimas dan tidak selesa apabila ada seseorang cuba mengawal hidupnya.

“So aku jadi rimas. Sebab selama aku hidup takde orang control hidup aku. (sebab kan aku membesar dengan tok & tokwan , lepas tu membesar sendiri dekat sekolah asrama )”

“So, tiba-tiba muncul sorang mamat ni nak control hidup aku. Of course jiwa raga aku rasa memberontak.”- ujarnya

Kunci Rahsia Kebahagiaan

Janna akui, banyak perbezaan perangai antara mereka berdua. Namun, ini bukan faktor utama bagi mana-mana pasangan tidak boleh menemui kebahagian dalam perhubungan.

“Banyak lagi perbezaan dari segi mentality & upbringing. Kalau aku nak cerita tak cukup lah karangan dekat instagram ni. Tapi, point yang aku nak bagitau. Cara kita membesar, persekitaran, didikan, pengalaman yang menjadi kan kita manusia yang berbeza.

“Kalau nak hidup dengan manusia lain kau kena faham yang manusia lain tu jadi begitu & begini atas sebab sebab yang tertentu.”

“Kau tak boleh salah kan masa silam dia, Kau tak boleh ungkit kelemahan dia. Sebaliknya kena sama sama fikir macam mana nak tukar kelemahan tu jadi sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan masa depan korang.”

“Yang ada pengalaman pahit / sejarah hitam dalam hidup tu, tak perlu nak selalu rasa DOWN sampai kan partner kau rasa tak happy hidup dengan kau.”

“KUNCI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR ADALAH:
MENGALAH JE DENGAN PEREMPUAN.”

Perkongsian dan nasihat Janna ini mendapat reaksi positif dari peminatnya. Malah artis-artis tempatan juga meninggalkan komen dan memberi pujian. Malah ayat terakhir yang diungkapkan oleh Janna itu dianggap lucu.

Lebih lucu, Dini juga bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh kekasihnya.

“Yes… from experience….i can agree dengan kunci kebahagian tu…kalau nak hidup senang dan tenang”

Sweet betul mereka berdua ni kan? Apa-apa pun kami di Murai MY mendoakan semoga hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga ke syurga. Amin.

Share46Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem