Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Jelly Bellrossa Advances Pilihan Selebriti Malaysia, Pemiliknya Anjur Majlis Bollywood Penuh Meriah

by Zaidin Albert
October 31, 2022
Share on Facebook

Gara-gara minat, usahawan kecantikan yang kini viral, Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin atau Syarifah Khyra Muhsin menganjurkan majlis bertemakan Bollywood di bawah payung syarikatnya, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd, pada Sabtu.

Sinonom dengan tagline ‘sekali sedut tak cari lain… suami makin sayang’, acara itu sekaligus mempromosikan suplemen atau makanan tambahan jeli Bellrossa Advances atau lebih dikenali sebagai #jellyajaibviral.

Kongsinya di Instagram, dia teruja kerana majlis yang dianjurkan itu seolah tak ubah seperti berada di Mumbai.

Aksi ‘lepas geram’ Syarifah Khyra menari seperti sebuah dalam filem Bollywood

“Masa kecil selalu tengok Hindustan satu family hari Sabtu, selalu berangan nak menari kat dance floor. Semalam dah jadi macam berada di Mumbai, tetamu semua sporting. Alhamdulillah semua dipermudahkan.

“At first nervous giler sebab lama tak buat event besar macam ni. Tapi semua happy and tak puas sampai ke balik pun bahu duk goyang lagi. My team always high energy! Duk Goyang bahu saja bagi release stress kami ni kerja kuat non stop.

“Alhamdulillah semua happy. Happy bila tengok team happy. My team will always be my VVIP guest,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Malah kongsinya lagi, dia memang pasang impian untuk anjurkan majlis seupamanya.

“Khyra cakap kat team… “sy nak dance floor” sebab memang Khyra bayangkan nak buat dalam citer hindustan tu. Memang pengaruh drama. Kita kalau nak buat sesuatu kena bersungguh kan.

“Ni khyra tak practise pon. Just rehearsal nak tau arrangement je petang tu. Alhamdulillah menjadi jugak,” kongsinya lagi.

Rozita Che Wan dan Elfira Loy menyerikan majlis bertemakan Bollywood dianjurkan Syarifah Khyra

Turut hadir pada majlis sama ialah aktres Rozita Che Wan, Elfira Loy dan kumpulan Ruffedge yang membuat persembahan.

Sementara itu, penangan kecantikan bintang K-Pop dan obses untuk sentiasa cantik serta sihat biarpun berstatus ibu kepada tiga anak mendorong Syarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin atau lebih dikenali dengan nama Syarifah Khyra Muhsin mengeluarkan produknya sendiri.

[VIDEO] Gelagat Aaisyah Kalut Nak Ikut Che Ta Buat 'Facial' Curi Tumpuan Ramai!

Bermula dengan mengeluarkan produk penjagaan kulit sejak 10 tahun lalu, pemilik empayar syarikat Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd ini kemudiannya menumpukankan kepada suplemen atau makanan tambahan popular iaitu jeli Bellrossa Advances atau lebih dikenali sebagai #jellyajaibviral.

Syarifah Khyra bersama produk laku kerasnya, Jelly Bellrosa Advances

Menurut wanita berusia 30 tahun berasal dari Terengganu, percaturannya mengeluarkan produk selamat diguna dalam bentuk jeli kecantikan dan kesihatan dengan 16 bahan makanan tambahan termasuk campuran vitamin, ekstrak buah serta jamu itu membuahkan hasil.

Malah jeli yang terkenal dengan tagline sekali ‘sedut tak cari lain… suami makin sayang’ itu turut menjadi pilihan ramai selebriti wanita tanah air yang menjadi di Malaysia sebagai pelengkap tenaga dan keperluan utama kaum hawa.

“Syukur jeli dikeluarkan menjadi suplemen wajib makan bagi mereka yang bergelar wanita. Ia bukan 100 peratus jamu. Sebaliknya kandungan jamu hanya 30 peratus penggunaannya. Selebihnya berasaskan vitamin dan esktrak buah.

“Malah saya juga menjadi antara pengeluar produk pertama yang mengeluarkan suplemen dalam bentuk jeli yang tidak pahit seperti kebanyakan produk jamu. Kita sasarkan 100,000 kotak jeli sebulan dan seterusnya 1 juta kotak dalam tempoh enam bulan.

“Produk ini dikeluarkan sejak 2019. Setahun sebelum itu, proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan. Namun produk ini meledak tahun ini termasuk selepas menjadi pilihan artis seperti Neelofa, Rozita Che Wan dan Syatilla Melvin dan Elfira Loy,” katanya usai majlis anjuran bertema Bollywood diadakan 29 Oktober lalu di sebuah lokasi di ibu kota.

Keluarga tersayang Syarifah Khyra

Kata Syarifah Khyra lagi, produk suplemen berkenaan mempunyai pelbagai manfaat dan faedah khusus buat wanita dari anak dara hingga usia emas.

Selain jeli, jenama ini turut mengeluarkan produk Jus Brightskin untuk wanita dan lelaki. Kedua produknya hanya dijual dengan harga mampu milik di bawah harga RM80.

“Ia dapat menyelesaikan masalah utama golongan wanita termasuk haid, senggugut, hubungan suami isteri hambar, kahwin lama tak dikurniakan anak dan komplikasi masalah kulit.

“Malah di era pandemik dan pasca COVID-19, produk jeli ini turut dapat membantu masalah berbangkit. Ini kerana jeli ini juga mempunyai rumusan kandungan bahan yang tinggi antioksida.

“Pendek kata, ia suplemen lengkap buat wanita. Malah saya dapat tahu ramai artis yang sanggup membelinya sebagai kegunaan harian. Saya juga menggunakan khidmat artis tanpa terlalu ‘hardsell’ atau menggunakan nama mereka. Sebaliknya, biar mereka mencuba dahulu dan merasai keajaibannya,” katanya.

Dalam pada itu, Syarifah Khyra berkata hingga kini jenama naungannya itu mempunyai lebih 3200 pengedar.

[VIDEO] Gelagat Anak Che Ta, Aaisyah Pergi Stadium Sokong JDT, Curi Tumpuan Ramai!
elfira loyrozita che wanruffedgeSyarifah Khyra MuhsinSyarifah Nur Fakhirah Syed Muhsin
https://lomp.at/0r22y
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @ayrie_7 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif

by Nurul A.
January 14, 2026

Baru-baru ini pencipta kandungan, Danish Firdaus telah menuai kecaman ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah perkampungan Orang Asli...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Pilu Kereta Mewah Alami Kerosakan-“Sebab Dah Lama Tak Bawa Dan..”

by Naddy Joe
January 16, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan dengan ujian apabila salah sebuah kereta mewahnya yang baru dibeli kurang dari...

Read moreDetails
Lokal

Fazura Umum Bersara Dari Berlakon Drama-“Tapi Kalau Dari Segi Filem..”

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Fazura membuat pengumuman rasmi apabila dia membuat keputusan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan khususnya penggambaran drama televisyen di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara