Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Jerawat Badan Kamu Tak Hilang-Hilang? Sabun Ini Bagus Menurut Doktor Pakar Kulit

by Lisa Ghani
March 7, 2023
Foto - DailyMail

Foto - DailyMail

111
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti jerawat muka, jerawat badan berlaku apabila pori tersumbat dengan minyak dan kulit mati. Jerawat badan, terutamanya boleh menjadi lebih sukar untuk dirawat kerana kemerahan boleh berlaku apabila kita berpeluh.

Macam-macam sabun, petua dah cuba… tapi jerawat di belakang badan tetap tak hilang. Pernah tak cuba guna sabun sulfur? Menurut Dr. Lim Ing Kien, rahsia bagaimana menghilangkan jerawat di badan adalah dengan sabun sulfur.

Kata Dr. Lim, untuk menghilangkan jerawat badan adalah menggunakan sabun sulfur, dan paling bagus cari sabun sulfur yang juga mengandungi salicylic acid. Kedua-dua bahan ini mampu menangani masalah jerawat badan yang ramai wanita alami pada masa kini.

View this post on Instagram

A post shared by SKIN CLINIC | Acne | Scar | Pigmentation | Skin Lifting (@mediiskinstudio)

Dipetik daripada Healthline, sulfur membantu mengeringkan permukaan kulit kamu dengan menyerap lebihan minyak (sebum) yang boleh menyumbang kepada jerawat. Ia juga mengeringkan sel-sel kulit mati untuk membantu membuka pori-pori. Sesetengah produk mengandungi sulfur bersama-sama dengan bahan-bahan lain yang melawan jerawat.

Tapi selamat ke digunakan pada badan? WebMd melaporkan, sulfur selamat apabila digunakan pada kulit dengan sewajarnya, jangka pendek. Produk yang mengandungi sulfur dengan kepekatan sehingga 10% boleh digunakan dengan selamat sehingga 8 minggu. Tetapi terdapat juga kes di mana, sesetengah orang menggunakan produk sulfur pada kulit boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Cadangan sabun sulfur boleh kamu beli:

  • Bioshield Skin Solutions RM20 [BELI]
  • Biosulphur Medicated Soap RM7.88 [BELI]
  • Nixoderm Sulfur & Salicylic Asid Soap RM10.78 [BELI]
  • JF Sulfur Soap RM8.27 [BELI]

Jadi bagi mana-mana wanita ingin hilangkan jerawat badan secara berkesan, maka sabun sulfur adalah kuncinya untuk kembalikan tubuh yang licin tanpa jerawat. Guna sabun sulfur selama dua hingga tiga minggu, jerawat badan akan hilang tetapi ianya bergantung pada jenis kulit setiap individu juga.

Selamat beramal!

Error happened.
jerawat badanjerawat belakang badansabun sulphur
https://lomp.at/lbdat
Share44Tweet28SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara