Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Jika Bukan Hindu Atau Islam, Apa Agama Anak-Anak Shah Rukh Khan?- Ini Penjelasannya…

by Nurul A.
November 3, 2025
Foto - @gaurikhan (IG)

Foto - @gaurikhan (IG)

57
KONGSIAN
Share on Facebook

Semua sedia maklum bahawa agama Shah Rukh Khan bukan lagi rahsia. King of Bollywood itu beragama Islam, manakala isterinya, Gauri Khan pula beragama Hindu.

Walaupun pasangan selebriti ini berbeza agama dan kepercayaan, Shah Rukh akui mereka tidak mempunyai masalah dengan perbezaan ini di rumahnya.

“Kami tidak bercakap tentang agama Hindu-Islam. Isteri saya Hindu, saya Islam. Dan anak-anak saya pula adalah orang Hindustan (nama lain bagi warganegara India).”

View this post on Instagram

A post shared by Gauri Khan (@gaurikhan)

Untuk pengetahuan kamu, situasi ini berlaku kepada anak Shah Rukh Khan yang telah menulis “Hindustan” di ruangan agama apabila diminta melengkapkan borang sekolah.

“Anak perempuan saya (Suhana Khan) datang kepada saya dan bertanya, “Apa agama kita?”. Saya hanya menulis dalam borangnya bahawa kami orang India, kami tidak beragama.”

Malah Shah Rukh Khan sebelum ini menegaskan bahawa ketiga-tiga anaknya adalah beragama India atau Hindustan, dan bukannya Hindu atau Islam.

View this post on Instagram

A post shared by D'YAVOL X (@dyavol.x)

Bagi King of Bollywood itu, agama atau kepercayaan tidak boleh dipaksa. Dan itu sebabnya mengapa dia dan isterinya tidak pernah membincangkan hal agama di rumah. Walau bagaimanapun, sebagai bapa, Shah Rukh mengajar anak-anaknya untuk hormati semua agama dan mereka juga meraikan semua perayaan dengan meriah.

View this post on Instagram

A post shared by Suhana Khan (@suhanakhan2)

Mengenai perbezaan agama atau kepercayaan, Shah Rukh percaya ia adalah perkara yang sangat peribadi dan anak-anaknya harus diberi ruang untuk meneroka secara bebas.

“Saya benar-benar percaya bahawa tradisi dan agamanya semuanya sangat peribadi. Saya fikir kanak-kanak, orang dewasa harus dibenarkan untuk mempelajarinya sendiri.”

Shah Rukh pada masa yang sama juga berharap ketiga-tiga anaknya dapat mencontohi apa yang dilakukannya.

View this post on Instagram

A post shared by Gauri Khan (@gaurikhan)

Sebelum ini, Gauri Khan pernah bercakap mengenai agama anak sulungnya, Aryan Khan. Menerusi temu bual bersama Karan Johar, Gauri mendedahkan Aryan sangat mengidolakan bapanya, Shah Rukh dan berhasrat untuk mengikut agamanya.

“Aryan sangat menyukai Shah Rukh Khan sehingga dia akan mengikut agamanya, saya rasa. Maksud saya, dia sentiasa berkata, “Saya seorang Muslim”. Aryan mempunyai doa kecil ini pada waktu malam. Dia akan mengucapkan kedua-duanya. Mula-mula dia berkata, “Saya akan membaca doa Mama (Gauri), kemudian saya akan membaca doa Papa (Shah Rukh).””

Pendedahan daripada Shah Rukh Khan dan Gauri Khan mengenai agama keluarga mereka sedikit sebanyak telah mendapat perhatian dan juga kritikan orang ramai.

Tersenarai Dalam Forbes, Shah Rukh Khan Kini Sertai Kelab Bilionair
abram khanaryan khanGauri Khanshah rukhshah rukh khanSRKsuhana khan
https://lomp.at/un4l8
Share23Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Sehabis Baik Menjaga Batas Dalam Tempoh Iddah-“Tak Cuba Nak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan..”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Kamal Adli Mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu hantaran mengenai tempoh iddah. Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

  5. 5

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara