Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Jimat Masa! 5 Fungsi Aplikasi Mudah Alih i-Akaun KWSP Yang Ramai Tak Tahu

by Zaidin Albert
March 12, 2020
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebagai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tak salah untuk anda memuatnaik aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ ke telefon pintar anda. Aplikasi yang diperkenalkan pada 2014 ini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada pencarum.

Berikut Murai MY kongsikan 4 fungsi aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ yang mungkin ramai tak tahu selama ini.

Semak Dividen

Melalui aplikasi ini, anda boleh melakukan semakan kadar dividen yang tertera di halaman utama. Selain kadar dividen, aplikasi ini turut memaparkan jumlah dividen yang diagihkan kepada anda pada tahun sebelum untuk simpanan konvensional. Sangat mudah melalui aplikasi i-AKaun. Tak perlu berbaris di kiosk atau di kaunter dah.

Semak Perkembangan Akaun Semasa

Selain daripada laman web, anda juga boleh guna aplikasi i-Akaun untuk semak maklumat akaun. Aplikasi ini akan memaparkan jumlah Akaun 1 dan Akaun 2 yang terkini di mana ia dikemaskini setiap hari. Malah anda juga dapat menyemak transaksi terkini yang dibuat oleh majikan dan pekerja setiap bulan.

Semak Jumlah Yang Dibenarkan Untuk Pengeluaran

Selain maklumat ni, anda boleh tahu berapa banyak duit yang anda boleh keluarkan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk bayar rumah, bayar pinjaman pendidikan, pergi haji dan sebagainya.

Daftar Simpanan Syariah

Tak perlu ke kaunter pejabat KWSP ataupun melalui laman sesawang KWSP, anda boleh menggunakan aplikasi Mudah Alih i-Akaun KWSP, untuk mendaftar terus Simpanan Syariah. Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Muat Turun Penyata Semasa

Yang paling menarik, anda boleh memuat turun penyata penuh KWSP anda pada bila-bila masa sahaja jika diperlukan seperti membuat permohonan pinjaman ataupun kegunaan di pejabat.

Mudah bukan? Tunggu apa lagi, aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share18Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  5. 5

    Fatiya Latiff Dedah Realiti Dunia Seni, Akui Tidak Lagi Jadi Pilihan Untuk Watak Utama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara