Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita Dunia

Joe Biden Berubah Angin Tidak Sokong Israel Kawal Gaza, Beri Arahan Rakyat Palestin Tadbir Sendiri Selepas Tamat Perang

by Puteri Alia
November 10, 2023
Share on Facebook

Amerika Syarikat (AS) menegaskan rakyat Palestin mesti mentadbir sendiri Gaza selepas perang, ketika pertempuran darat perang Israel-Palestin semakin sengit di Bandar Gaza.

Kenyataan AS itu sekali gus menyanggah komen Israel sebelum ini bahawa ia akan mengambil alih dan mengawal keselamatan Gaza buat selama-lamanya selepas perang.

Pejuang Hamas memanfaatkan terowong bawah tanah mereka bagi menyerang hendap tentera Israel ala perang gerila, selepas tentera Yahudi memperluaskan serangan darat mereka.

Memetik sebuah laporan berita online, tentera Israel memaklumkan bahawa tenteranya sudah mara ke tengah Bandar Gaza, kubu utama Hamas dan bandar terbesar di kawasan pinggir laut, manakala Hamas berkata anggotanya menyebabkan tentera Israel mengalami kekalahan besar.

Presiden AS, Joe Biden, menegaskan pihaknya tidak sama sekali menyokong penjajahan tentera Israel di Semenanjung Gaza selepas konflik Israel-Palestin berakhir.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Keselamatan Negara AS, John Kirby, di Rumah Putih.

Lapor Al Jazeera, Kirby memaklumkan bahawa Biden berpandangan tindakan Israel yang mahu melakukan penjajahan semula di Gaza adalah sesuatu yang tidak betul.

Sayap bersenjata Hamas pada Rabu mengeluarkan video yang menunjukkan pertempuran jalanan yang sengit di samping bangunan yang dibom di Bandar Gaza.

Kereta kebal Israel mendapat tentangan hebat daripada anggota Hamas yang menggunakan terowong bawah tanah untuk melancarkan serangan hendap, menurut sumber rapat Hamas yang disokong Iran.

Ketika perang Israel-Palestin memasuki bulan kedua, Washington mula berbincang dengan pemimpin Israel dan Arab mengenai masa depan Semenanjung Gaza, tanpa pemerintahan Hamas.

Walaupun ia masih pada peringkat rancangan, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, menggariskan jangkaan Washington untuk wilayah pantai yang dikepung itu.

“Tiada pendudukan semula Gaza selepas konflik berakhir. Tiada percubaan untuk menyekat atau mengepung Gaza. Tiada pengurangan dalam wilayah Gaza,” kata Blinken pada dalam satu sidang akhbar di Tokyo, Jepun, pada Rabu.

Menurutnya, mungkin terdapat keperluan untuk ‘beberapa tempoh peralihan’ pada akhir konflik, tetapi tadbir urus selepas krisis ‘mesti termasuk tadbir urus yang dipimpin Palestin dan Gaza bersatu dengan Tebing Barat di bawah Pihak Berkuasa Palestin (PA)’.

Memetik sebuah laporan berita online, pada Isnin, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberitahu ABC News bahawa Israel ‘untuk tempoh yang tidak ditentukan’ akan bertanggungjawab terhadap keselamatan Gaza selepas perang berakhir.

Pegawai Israel sejak itu cuba menjelaskan bahawa mereka tidak berhasrat untuk menduduki Gaza selepas perang.

Namun, mereka masih belum menyatakan bagaimana boleh memastikan keselamatan tanpa mengekalkan kehadiran tentera. Israel menarik balik tenteranya dari Gaza pada 2005.

PA, yang menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di bahagian Tebing Barat yang diduduki Israel, berkata Gaza, tempat Hamas memerintah sejak 2007, adalah sebahagian daripada apa yang dibayangkan untuk negara Palestin masa depan.

Anggota kepimpinan Hamas, Khalil al-Hayya, memberitahu New York Times bahawa serangan kumpulan itu ke atas Israel bertujuan untuk menghancurkan status quo dan membuka lembaran baru dalam perjuangannya menentang Israel.

Ketua jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari, pula berkata bahawa ‘Hamas sudah hilang kawalan di utara’ Gaza.

Joe Biden
https://lomp.at/sp1lf
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara