Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Johan Pakai T-Shirt & Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah, Ditegur Netizen?-“Macam Tak Tahu Hormat Majlis…”

by Naddy Joe
April 15, 2025
Share on Facebook

Penyampai radio dan pelawak, Johan mencetuskan pelbagai reaksi netizen ketika hadir memberi penghormatan terakhir buat Bekas Perdana Menteri Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Badawi di Masjid Negara, hari ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh stesen radio Hot FM di Instagram, Johan dilihat hanya memakai t-shirt berwarna hitam dan topi berwarna biru serta berseluar jean. Manakala rakan sekerjanya, AG diliht mengenakan Kurta berwarna biru gelap serta lebai berwarna hitam.

“Bekpes Hot di Masjid Negara, Kuala Lumpur sekarang untuk memberi penghormatan terakhir buat Bekas Perdana Menteri Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.”-kapsyen Hot FM di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

“Ni Macam Tak Tahu Nak Hormat Majlis…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengkritik pemakaian Johan yang disifatkan tidak mematuhi etika pemakaian ketika menghadiri Istiadat Pengebumian Bekas Perdana Menteri tersebut, malah ada yang berpendapat penyampai radio ini seolah-olah ‘tidak menghormati majlis’.

“Pakai la kurta, ni macam tak tahu hormat majlis. Macam AG tu okay, Tak pakai songkok pun tak apa dah.”

“Bro Johan pakai lebai atau songkok please.”

“Pakai la elok-elok, satu pergi masjid, satu pergi melawat orang meninggal, satu lagi protokol, nampak macam tak sensitif laa.”

“Johan patut pakai pakaian yang sesuai dengan majlis. At least baju melayu bersongkok.”

“Sepatutnya Johan tahu nak buat penghormatan terakhir kepada arwah, tapi pakaian tu satu hal ni dengan topi lagi. Allahuakbar tak ada etika berpakaian, pelik-pelik lah nak dikatakan gen Z umur dah 40++ tapi errmm.”

“Semalam kan sudah diberitahu protokol berpakaian, tapi masih ada juga yang tak menghormati etika. Pengamal media tapi tak tahu etika.”

“Tolong la alert. Respect situation. Ni pengebumian negara. Etika pakaian jaga laa. Nak jadi orang media. Benda basic macam ni pun tak reti nak jaga, tak reti nak follow. Tau nak ikut kepala sendiri.”

“Kalau nak cover untuk media tu eloklah pakai pakaian proper, bukan pakai macam nak pergi pasar malam ye.”

“Johan pakailah pakaian yang proper. Ini orang kenamaan.”

Apa komen anda?

[VIDEO] 7 Makam Pahlawan Negara Hanya Sisa 2 Kekosongan, Siapakah Pemiliknya Kelak?....
johan raja lawaktun abdullah ahmad badawi
https://lomp.at/ibkxz
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
Lokal

Fazura Umum Bersara Dari Berlakon Drama-“Tapi Kalau Dari Segi Filem..”

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Fazura membuat pengumuman rasmi apabila dia membuat keputusan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan khususnya penggambaran drama televisyen di...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara