Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Johan Tegas Harta Bukan Untuk Anak-Anak, Semua Usaha Demi Isteri Tercinta Ozlynn

by Puteri Alia
October 20, 2025
Share on Facebook

Pelawak popular yang kini bergelar penyampai radio dan usahawan berjaya, Johan, menegaskan segala kerja keras dan titik peluh yang dilakukannya selama ini bukan untuk diwariskan kepada anak-anak, sebaliknya untuk memberi keselesaan kepada isteri tercinta, Ozlynn Waty. Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz, 41, dia sudah menunaikan tanggungjawab sebagai bapa dengan memberikan bekalan pendidikan yang cukup untuk enam orang anaknya agar mereka mampu mencari kekayaan sendiri tanpa bergantung kepada harta peninggalan.

“Saya bekerja keras baik sebagai penyampai radio dan usahawan sebab maklumlah anak kami ramai. Kami tanggung segala perbelanjaan mereka. Mereka nak apa, kami berikan. Tiada subsidi. Tetapi saya tidak harapkan balasan daripada mereka. Saya hanya pastikan mereka dapat pendidikan yang terbaik, itu tanggungjawab saya sebagai bapa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran GGR X Johan di Melawati Square, baru-baru ini.

Tambah bekas peserta Raja Lawak musim pertama itu, dia tidak pernah memasang niat untuk mewariskan legasi perniagaan kepada anak-anak kerana percaya setiap daripada mereka perlu menempa arah dan kejayaan sendiri berdasarkan minat serta kemampuan.

“Apa yang saya cari hari ini bukan harta untuk anak cucu saya, sebaliknya untuk isteri. Sebab saya sudah bekalkan kepada anak-anak dengan tiga perkara penting iaitu pendidikan, ilmu dan pelajaran. Dengan tiga perkara ini, saya mahu mereka keluar dan cari kekayaan sendiri. Kalau nak kekayaan saya juga, lebih baik jadi pembantu peribadi. Saya berikan rumah, kereta semua,” katanya berseloroh.

Menurut Johan lagi, anak-anaknya tidak akan memperoleh hartanya selagi dia masih hidup kerana dia mahu mereka belajar berdikari serta menghargai nilai sebenar sebuah usaha. “Selagi saya hidup, kekayaan saya bukan untuk mereka. Saya mahu mereka belajar berdikari dan faham nilai usaha. Lagipun, anak tidak semestinya minat apa yang kita minat. Kita kena terima dan galakkan mereka teroka minat mereka sendiri,” katanya.

[VIDEO] Hantar Anak Ke Rumah Yatim Selama 3 Hari, Johan Perjelas Sebabnya- "Hukuman Untuk Diri Dia"

Bapa kepada enam cahaya mata itu turut berkongsi pandangan tentang keutamaan dalam hidupnya, yang kini lebih tertumpu kepada isteri.

“Sebab itu, bila balik rumah lepas penat kerja, saya cari isteri saya dahulu. Anak-anak nanti membesar, mereka akan keluar rumah bila berkahwin. Akhirnya saya akan hidup dengan isteri saya sahaja. Saya mahu biasakan perkara itu dari sekarang,” ujarnya jujur.

Dalam pada itu, Johan yang kini dilantik sebagai rakan kongsi strategik kepada syarikat permotoran tempatan, GGR, berhasrat untuk membantu memperkukuhkan industri motosikal elektrik (EV) serta menyokong pembangunan ekosistem mobiliti hijau di Malaysia. GGR bukan sekadar mengeluarkan motosikal elektrik, malah turut menyediakan perkhidmatan selepas jualan termasuk bengkel, rakan niaga dan kemudahan pemasangan kenderaan.

Menariknya, galeri jualan dan pusat servis GGR dibuka bersebelahan dengan restoran milik Johan, Itik ke Ayam?, dan dia sendiri akan turun padang melayani pelanggan.

“Saya akan layan pelanggan sendiri untuk servis. Paling penting, saya mahu majukan perniagaan bumiputera, khususnya anak muda. Saya percaya rakyat Malaysia akan mula beralih ke motor EV kerana ia lebih mesra alam, berbaloi dari segi harga, servis dan kualiti. Motor ini juga tidak menggunakan petrol jadi lebih menjimatkan wang,” jelasnya optimis.

johanozlynn
https://lomp.at/8gpdv
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @wannaali_ (IG)
Lokal

“3 Bulan Lagi Sehingga Bukan Lagi Hanya Awak & Saya, Tetapi Kita”- Wanna Ali

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Wanna Ali baru-baru ini telah mencuri perhatian orang ramai apabila mengumumkan khabar gembira bahawa dirinya bakal menimang cahaya mata...

Read moreDetails
Foto - @mrsaprenamanrose (IG)
Lokal

Aprena Manrose Kesal Isu Anak & Buka Tudung Dikaitkan- “Takut Saya Jadi Gila”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai selepas tampil meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini. Luahan itu dibuat susulan ramai yang mengaitkan...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

Emma Maembong Jawab Isu Pemilihan Aktor- “Handsome Tapi Keras Kejung Buat Apa?”

by Nurul A.
January 16, 2026

Nama pelakon Emma Maembong menjadi perbualan ramai apabila dia menegaskan bahawa rupa paras tidak menjadi syarat utama untuk gandingkan pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara