• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Jom Saksikan Filem Dalang! Kisah Wartawan Dalam Membongkar Kebenaran

by Aphit J.
December 23, 2023
Share on Facebook

Membongkar kebenaran sememangnya sebuah tugas hakiki seorang wartawan. Namun, bagaimana jika kebenaran yang dicari itu hanyalah sebuah hiasan yang dimanipulasi oleh seorang dalang?

Dengan Kerjasama Finas

via Media Prima Television Networks

Eksklusif di Tonton dengan kerjasama Finas, nantikan filem terbaharu Dalang hasil terbitan Lumatic Films dan diarahkan oleh Nik Amir Mustapha bermula pada 20 Disember 2023.

Filem bergenre jenayah dan misteri ini menggandingkan pelakon hebat tanah air seperti Luqman Hafidz, Liyana Jasmay, Wan Raja, Nesa Idrus, Arash Mohamad, Aziz M. Osman, Imuda, Idan Aedan, Megat Adli, Abi Madyan, Yuyun Hikmah, dan Fadhli Masoot.

Mengisahkan Mengenai Tugas Wartawan

Dalang mengisahkan tentang Zain (Luqman Hafidz) yang sering berhadapan dengan pelbagai rintangan baik dalam tugasnya sebagai seorang wartawan jenayah bebas mahupun kehidupan peribadinya.

Zain mempunyai caranya yang tersendiri membuatkan dirinya sering mendapat informasi dalam menjejak berita mengenai aktiviti jenayah kolar putih.

Kepakaran Zain dalam membongkar rahsia jenayah kolar putih itu membuatnya didekati oleh sebuah kumpulan bebas yang nekad untuk membantu mangsa-mangsa tertindas dek penyalahgunaan kuasa.

Membongkar Kegiatan Gelap

via Media Prima Television Networks

Ikhlas (Aziz M. Osman) adalah seorang ahli perniagaan dan pendakwah terkenal dalam kalangan penduduk setempat.

Dia juga menjalankan operasi rahsia tersebut bersama Ayu (Liyana Jasmay). Pertemuan Zain, Ayu dan Ikhlas itu sekaligus membuka papan percaturan untuk menangkap seorang dalang dalam sebuah kes kegiatan gelap oleh wakil penduduk tempatan iaitu Dato’ Pin (Arash Mohamad).

Saksikan filem terbaharu, Dalang secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton bermula 20 Disember 2023.

Liyana Jasmay Tegur Pengkritik Filem, Jangan Hentam Karya Tempatan Sampai Matikan
Abi MadyanArash Mohamadaziz m.osmanIdan AedanImudaliyana jasmayLuqman HafidzMegat AdliNesa Idruswan rajaYuyun Hikmah
https://lomp.at/lebso
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore