Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Jom Saksikan “Malaysia – Destinasi Kesihatan Asean”, Dokumentari Khas Terbitan RTM

by Aphit J.
May 17, 2025
Share on Facebook

Kepengerusian Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 tahun 2025 Kuala Lumpur sememangnya membawa peluang besar dalam memperkukuh sektor kesihatan ASEAN dari sudut tenaga kerja, ekonomi, dan inovasi perubatan.

Industri Yang Sedang Berkembang Pesat

via UT Tylor

Realitinya, pelancongan kesihatan ASEAN adalah industri yang sedang berkembang pesat, dengan beberapa negara di ASEAN sebagai penyedia perkhidmatan termasuk Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis rawatan perubatan, kos yang berpatutan, dan kemudahan yang canggih.

Ia seterusnya menyumbang kepada menjadikan ASEAN sebagai antara destinasi pilihan untuk pelancong yang mencari penjagaan kesihatan atau rawatan perubatan berkualiti tinggi.

Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menonton dokumentari khas bertajuk “Malaysia – Destinasi Kesihatan ASEAN” arahan Azry Ahmad Mustafa Hadi, terbitan Unit Majalah dan Dokumentari TV (UMDTV), RTM.

Memperkukuh Sistem Perubatan Dan Kesihatan Serantau

via RTM

Bakal bersiaran pada 23 Mei depan, pukul 9.00 malam di saluran TV1 dan juga menerusi platform RTMKlik https://rtmklik.rtm.gov.my, pengisian program menarik ini dilihat mampu memperkukuhkan lagi sistem perubatan dan kesihatan serantau.

Malah ia dapat memberi peluang untuk memperkenalkan inisiatif yang mampu meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan.

Seterusnya mempercepatkan kerjasama penyelidikan perubatan, termasuk memperkukuhkan daya saing industri farmaseutikal dan teknologi kesihatan tempatan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya menerusi TV1 dan RTMKlik.

"Nawaitu"- Teroka Makna Niat Dalam Kehidupan Muslim
ASEANDestinasi kesihatanRTM
https://lomp.at/vecvc
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara