• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Jom Semak! 6 Aplikasi Penyimpanan Foto Selain ‘Google Photos’

by Naddy Joe
December 30, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyimpanan tanpa had yang disediakan oleh Google Photos akan berakhir pada Jun 2021. Hal ini bermaksud, semua foto yang dimuat naik oleh pengguna bakal dikira sebagai sebahagian daripada penyimpanan percuma Google Drive yang mana hanya 15GB.

Pengguna hanya mempunyai masa beberapa bulan sahaja untuk menikmati servis penyimpanan foto secara percuma dari Google. Namun, pengguna tidak perlu merasa bimbang kerana masih mempunyai pelbagai aplikasi lain selain Google Photos yang menawarkan penyimpanan foto secara percuma. Stay tune guys!

Amazon Photos

Bagi yang ingin mencari aplikasi penyimpanan foto tanpa had, Amazon Photos adalah antara aplikasi yang boleh anda gunakan. Selain foto, pengguna juga boleh menyimpan video dan fail lain dalam cloud-based storage, tetapi ia terhad kepada 5GB sahaja untuk versi percuma.

Seperti Google Photos, Amazon Photos juga membenarkan pengguna untuk menyimpan foto pada kualiti original dan secara automatik akan sync foto tersebut, yang mana boleh dikongsi dengan ahli lain yang mendaftar dengan pakej langganan yang sama.

YouTube video

Dropbox

Dropbox merupakan salah satu aplikasi popular untuk servis penyimpanan, yang mana boleh digunakan seperti Google Photos. Pengguna boleh synchronize kesemua foto pada telefon pintar secara automatik.

Dropbox juga merupakan salah satu daripada beberapa servis penyimpanan yang mempunyai intergasi paling lengkap dengan third-party services. Walaubagaimanapun, versi percuma servis ini adalah terhad kerana pengguna hanya dapat 2GB dan kos untuk menambah kapasiti lebih mahal daripada yang lain. Namun begitu, ia menawarkan keselamatan yang baik dan ciri penuh.

OneDrive

OneDrive adalah servis penyimpanan yang sering dipilih untuk bisnes ( kerana integrasi dengan aplikasi Office), tetapi ia juga dapat digunakan sebagai pengganti kepada Google Photos. Pengguna dapat memuat turun aplikasi pada telefon pintar dan OneDrive secara automatik akan sync foto yang ada pada cloud.

OneDrive juga mempunyai galeri dengan ciri tag untuk memudahkan mencari gambar. Sama seperti Dropbox, ianya terhad dalam versi percuma yang hanya memberi 5GB sahaja kepada pengguna.

Mega

Mega adalah storage services yang mempunyai fungsi sama seperti Dropbox, Google Drive, dan OneDrive. Apa yang beza mengenai aplikasi ini, Mega menawarkan lebih banyak penyimpanan percuma iaitu 50GB. Sekiranya 50 GB masih tidak mencukupi, terdapat pilihan untuk pengguna meningkatkan kapasiti sehingga 2TB.Mega sendiri mempunyai UI yang bersih dan mudah dilayari. Aplikasi ini tersedia di platform mudah alih seperti Android.

Flickr

Flickr adalah photo storage services yang menyasarkan jurugambar profesional atau jurugambar amatur yang ingin mencari tempat untuk menyimpan dan berkongsi foto berkualiti tinggi dan kini boleh digunakan oleh pengguna biasa. Flickr menyediakan ciri auto-syncing atau individual uploads bagi mereka yang hanya ingin menyimpan beberapa foto. Versi percuma aplikasi ini menawarkan penyimpanan sehingga 1 TB, tetapi kini lebih terhad dengan pengguna yang hanya dapat menyimpan 1,000 foto.

iCloud

Bagi pengguna iPhone yang ingin mencari alternatif Google Photos, tiada lagi yang terbaik seperti iCloud. Pada dasarnya, ia adalah Google Drive bagi pengguna Apple yang mana mempunyai photo storage services yang dikenali sebagai iCloud Photos.

Sama seperti Google Photos, iCloud juga menyimpan foto dengan selamat untuk diakses hampir pada semua peranti. Pengguna percuma akan mendapat storage sebanyak 5GB, tetapi ia mempunyai pilihan untuk menambahkan kapasiti sehingga 2TB.  Malangnya, iCloud hanya dapat diakses pada peranti Apple kerana tiada sokongan rasmi untuk Android.

https://lomp.at/sj8xn
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  3. 3

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore