• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Jom Sertai Ejen Ali Misi : Rush 2.0 Virtual Run Sempena Cuti Sekolah Ini

by Aphit J.
November 26, 2022
Share on Facebook

Ejen Ali mengumumkan pendaftaran EJEN ALI MISI : RUSH 2.0 VIRTUAL RUN telah dibuka pada hari ini. Larian maya ini akan berlangsung bermula 1 sehingga 31 Disember 2020 bertempat di lokasi rahsia pilihan masing-masing!

Larian Pertama

via MARHAENMY

Larian maya pertama Ejen Ali kali ini didatangkan dengan konsep yang unik, hasil daripada kolaborasi bersama Primeworks Studios, WAU Animation serta Marhaen.my.

Selaras dengan jalan cerita MATA Arena yang dipaparkan dalam Ejen Ali Musim 3 (kini boleh distrim di Disney+ Hotstar), Ejen Ali menjemput semua peminat untuk menyokong Teras kegemaran mereka.

Antara terasnya adalah Neuro, Inviso, Tekno atau Kombat. Setiap Teras akan dilengkapi kit larian eksklusif yang mengandungi jersi larian yang direka khas berdasarkan pakaian seragam Ejen MATA, Pingat & Lanyard, Pek Pelekat, Magnet serta E-Sijil.

Mempunyai Cabaran Mingguan

EJEN ALI MISI : RUSH 2.0 VIRTUAL RUN ini juga diserikan dengan cabaran mingguan di laman media sosial (Instagram : @ejen_ali) dan juga pemenang Teras; penobatan Teras Juara yang berjaya mencatatkan larian jarak paling jauh!

Bertujuan untuk menggalakkan aktiviti fizikal semasa cuti sekolah, peserta boleh melengkapkan sasaran 5-kilometer melalui aktiviti larian, berbasikal, treadmill, serta berjalan.

Prestasi individu hendaklah di log setiap minggu di laman web rasmi https://ejenalirush.marhaen.my/ dan Ejen di tangga teratas berpeluang untuk dipaparkan di dalam MATA Arena Hall of Fame.

Rebut Harga Promosi

via MARHAENMY

Harga promosi awal kini boleh didapati di laman web rasmi https://ejenalirush.marhaen.my/ pada RM66 seorang, bermula 24 sehingga 30 November sahaja, sebelum kembali ke harga asal RM99 seorang selepas tempoh tersebut.

Diskaun sebanyak RM10 akan diberikan kepada setiap pembelian berkumpulan dua (2) orang atau lebih selepas tempoh promosi awal berakhir.

Ejen Ali
https://lomp.at/vdii4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

10 Filem Seram Turki Ini Boleh Buatkan Sampai Terbayang Hantu Di Belakang Anda

by Naddy Joe
July 2, 2020

Sebut sahaja filem seram, pelbagai jenis filem seram yang bermain dalam minda. Antaranya, filem seram Thai, filem seram Korea, dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore